Monday, November 29, 2010

Talam Tokyo / Talam Suun


Aku buat sebab tingin nak makan lagi. Masa Ahad lepas sarapan kat masjid Pekan Nanas, aku ada beli kuih ni. Tak puas pulak makan. Rasanya mmg sedap...ikut tekak aku ler. Hasil google, aku jumpa dalam myresepi & citarasawan. Dok belek2 resepi kedua2nya, ada beza sikit jer...Aku cuba resepi dari myresepi tapi cam biasa ada olahan skit pada resepinya sebab nak sesuaikan dengan loyang (9x9) inci. Dibawah ni resepi olahan aku. Resepi asal disini...ruhie@myresipi.com




Bahan-bahan ( loyang saiz 9x9 inci )

Lapisan bawah:

  • 200gm Sagu biji
  • 50gm suun - potong pendek & rendam hingga lembut
  • 1/2 cawan kelapa parut - ambil putih sahaja
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh garam
Lapisan atas:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 1/4 cawan santan
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau dan kuning

Cara-cara

1. Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak & alas dengan plastik (tujuannya - mudah nak potong nanti).

2. Untuk membuat lapisan bawah, rendam sagu biji dan toskan. Campurkan kesemua bahan dan kukus selama 10 minit.

3. Apabila lapisan bawah sudah masak, tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat. Sama kaedahnya dengan kuih serimuka.

4. Untuk lapisan atas pula, campurkan kesemua bahan dan kacau rata. Tapiskan supaya tak bergentel. Tapi kalau nak lebih mudah blender aje. lebih halus...

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu bahagian di warnakan kuning dan satu lagi di warnakan hijau. Kalau nak bagi warna hijau tu cantik campurkan sedikit warna kuning.

6. Kukus lapisan yang bewarna kuning dahulu selama 10 minit. Kukus dengan api sederhana.

7. Bila lapisan kuning sudah masak masukkan lapisan yang bewarna hijau. Sebelum tu lorekkan sikit dengan garfu supaya lapisan yang hijau tu melekat kat lapisan yang kuning. Kukus hingga masak.

8. Selalunya setiap lapisan ambil masa lebih kurang 10 minit jer. Jangan lupa alas penutup kukus dengan kain bersih bagi mengelakkan air wap jatuh kat kuih. Nanti tak cantik pulak kuih talam tu.

9. Sejukkan dahulu sebelum potong.


Talam Tokyo / Talam Suun
Aku C&P resepi dari citarasawan utk rujukan. Nanti boleh cuba pulak...aku amik dari sini....
http://resipicitarasawan.blogspot.com/2010/11/talam-tokyo-talam-suun.html



Talam Tokyo / Talam Suun

Bahan Lapisan Bawah
400gm sagu halus - direndam
100gm suun - direndam hingga lembut
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat KARA
150ml air
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna merah

Bahan Lapisan Atas
2 biji telur
130gm gula kaster
200ml santan pekat KARA
130ml air
70gm tepung gandum
10gm tepung sagu
1/8 sudu teh garam halus
pewarna kuning telur

Loyang 9" x 9"

Cara-cara :
1. Sagu direndam selama 15 minit. Tapis dan siram dengan air paip, Toskan. Suun direndam hingga lembut dan dipotong sepanjang 4cm.

2. Gaul sagu dan suun bersama bahan lapisan atas yang lain. Gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diletakkan pewarna merah dan satu bahagian lagi dengan warna asal atau warna disukai.

3. Panaskan pengukus. Leser loyang dengan sedikit minyak kemudian alas dengan plastik. Tuang lapisan sagu merah, ratakan. Kukus selama 15 minit.

4. Angkat dan ratakan lapisan sagu warna asal, kukus selama 15 minit lagi.

5. Lapisan Atas disebatikan hingga rata, kemudian tapis, tuang ke atas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit.

6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong.

4 comments:

Yatie said...

Salam Dhia,
Akak mmng suka talam tokyo ni....lain kali leh cuba resepi yg ni...thanks..t

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

wsalam kak...
cuba la...kalu ikut sy mmg sedap...cuma ank2 kurang suka bahagian bwh tu...diorg lebih suka kalau taruk pulut...

AIN said...

Puan...kalau x campur suhun...mcmana lak resepi lapisan bawahnya...tima kasih!!

Anonymous said...

Sedapnya..salam singgah sini.. blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails