Monday, December 13, 2010

Kuih Ketayap Motif

Idea utk buat motif pada kuih ni aku dpt dari sini...tapi resepi aku sendiri sbb masa nk buat x jumpa plak blognyer...masa nk masuk N3 ni, baru nk godek2 cari....resepi leh tgk kat bwh...dapat ler 25 keping (qty bergantung pd saiz kita dadar dlm kuali ye)

Bahan-bahannya:
Bahan A:
3 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
4 cwn air / santan / susu cair / susu segar / susu UHT
1 1/2 sudu garam halus
1 sudu besar minyak masak

Bahan B:
Pandan paste - secukupnya
Pewarna coklat / coklat emulco - secukupnya
1/4 cwn minyak masak
3 helai daun pandan - potong pjg agak2 dlm 3 inci & ikat hujungnya dgn getah, pd bahagian hujung lg satu di koyak2kan. Tujuan - guna utk sapu myk pd kuali.


Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul sebati. Jika berketul2 tapiskan.

2. Keluarkan dlm 5 senduk adunan (ini senduk kt umah aku ye). Campurkan dengan coklat emulco secukupnya & Masukkan adunan kedalam botol sos / piping bag. Selebihnya campurkan dengan pandan paste.

3. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan yg diikat tadi. Corakkan dahulu adunan warna coklat ikut motif yg disukai. Selepas itu, baru masukkan 1 senduk adunan warna hijau & dadarkan ikut saiz yg dikehendaki seperti biasa.

4. Dadar dah masak, angkat & letak pada permukaan yang rata. Letak & bentukkan inti memanjang seperti dalam gambar dibawah. Lipat bahagian kiri & kanan dadar & gulung.



Selalunya aku buat inti kelapa mesti hentam taruk jer bhn2nya...sbb setiap kali beli kelapa parut, x sama saizkan...tapi kali ni aku timbang dulu kelapa parut ni...aku taruk bhn2 len & dpt sukatan yg sesuai....kalu nk ikut bleh la...gula merah aku guna cap bintang, jd x perlu nak tapis & risau gula merah tu berpasir. Jadi boleh campur terus dlm kelapa parut.


Inti Kelapa

Bahan-bahan:
400gm kelapa parut
200 gm gula merah
1 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan - pintalkan
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk.

2. Masak atas api yang sederhana. Kacau-kacau selalu supaya tidak hangus. Masak sehingga air kering.

3. Dah masak, sejukkan sebelum digunakan.


Note:
1. Kalu taruk santan dalam adunan dadar, minyak masak tak perlu taruk pun tak per sbb santan dah berminyak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails