Friday, February 4, 2011

TALAM CENDOL


Mencuba Talam Cendol....tgk rakan2 dok pakat2 buat...komen sedap2 jer...jd aku beli bahan2, tp agak sibuk ngan order org, x sempat buat...kebetulan raya cina ari tu aku x amik order sbb mertua & adik2 ipar dtg bertandang, aku gunakan masa yg free ni buat talam cendol...dapat gak merasa....komen mertua, mmg sedap...berbeza dari kuih talam org kg buat...katanya ni kuih talam moden...hehehe....

TALAM CENDOL
Sumber asal: Kelas talam chef asma
tapi aku cnp resepinya dr blog resepidaria

Lapisan bawah
Bahan A
200gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
tepung jagung*
150gm gula Kastor (saya kurangkan kepada 120gm)

Bahan B
200gm cendol @ 1 paket kecil

Cara-caranya:
1. Satukan bahan bertanda * dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A.

2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut). Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata.

3. Masukkan kedalam loyang (10 x 10 x 2)inci yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

4. Kukus selama 25 minit. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas
Bahan A
300gm gula merah (aku guna gula cap bintang)
50gm gula castor
500ml air

Bahan B
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 tsp garam

Cara-caranya:
1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.

2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).

4. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.


Note:
1. Cendol terapung la plak...nmpk dok setempat jer....lain kali nk kena kacau adunan lapisan bawah tu pekat skit....kalu ikut resepi katanya kacau sekejap jer...member yg pakar kuih talam komen hasil aku, katanya kacau atas api sederhana smpai adunan tu meletup skali dua dh cukup....x per cuba lg....

2. Gula merah utk lapisan atas kena kurangkan skit...hasil agak manis....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails