Monday, April 9, 2012

KELAS ANEKA TALAM

10 jenis kuih talam yang dihasilkan sendiri oleh peserta2 dari menimbang bahan, membancuh, mamasak, mengukus, memotong dgn pisau khas & membungkus....sgt berbaloi2...

Kelas Aneka Talam Part 1 masih ada kekosongan lagi...
jika berminat boleh inbox Facebook (Yuslindhia Zamani) or direct contact Linda 012-7666486

1. KELAS TALAM DI JB
Tarikh : 22/4/2012 Ahad
Tempat : Tmn Pulai Indah, Kangkar Pulai, Johor
Yuran : RM200/person 10resepi++
Dateline deposit rm100 pada 15/4/2012


2. KELAS TALAM DI PUTRAJAYA
Tarikh : 29/4/2012 Ahad
Tempat : Presint 9, Putrajaya
Yuran : RM250/person 10resepi++
Dateline dep rm100 pada 22/4/2012


Terma & syarat:
1. Sila booking tempat & jelaskan bayaran deposit sebelum tarikh dateline yg dinyatakan diatas, tujuan pengesahan kehadiran & memudahkan pihak penganjur menyediakan perkara2 yg berkenaan.
2. No akaun akan diberi (CIMB ).
3. Sila inform selepas bayaran deposit dimasukkan tujuan pengesahan kehadiran.
4. Jika tidak cukup peserta Linda berhak batalkan kelas & tunda ke tarikh baru.
5. Wang deposit:
i ) Kegagalan pihak kami mengadakan kelas seperti tarikh yg dinyatakan, pihak kami akan pulangkan wang deposit anda jika anda tidak dpt hadir pd tarikh baru / kelas terus dibatalkan.
ii) Jika peserta tidak dapat hadir atas kegagalan sendiri wang deposit tidak akan dipulangkan....harap maklum.
6. Yuran termasuk makan & minum, nota resepi & bekas utk mengisi hasil belajar ( utk kelas-kelas tertentu shj, jika perlu peserta dimaklumkan utk membawa bekas sendiri).
7. Sila bawa apron, kain lap & pen.
* rujuk bawah iklan, ada peralatan-peralatan lain yg perlu dibawa sendiri bergantung pada jenis kelas yang peserta ikuti, harap maklum.
8. Lain-lain info akan berubah mengikut keadaan & masa tanpa notis...rujuk info2 terkini, harap maklum.

Monday, April 2, 2012

Jadual Kelas Masakan

Tarikh kelas seperti dibawah, jika berminat boleh inform Linda 012-7666486 or inbox ke FB Yuslindhia Zamani ye...

1. KELAS ANEKA TALAM PART 1 (hand on):
Masa : 9.30pagi - selesai



7/4/12 (Sabtu) - Kelas Aneka Talam Part 1 (Skudai, Johor)
Yuran rm200/person
Dateline bayaran deposit RM100 : 1/4/12 (no akaun akan diberi)
(Peserta : 1. Eila-paid full, 2. Zai - paid deposit, 3. Asiah - paid deposit, 4. Maria - paid full, 5. Haslinda - paid deposit, 6. Kak Leha - paid deposit)

22/4/12 (Ahad) - Kelas Aneka Talam Part 1 (Skudai, Johor)
Yuran :m200/person
Dateline bayaran deposit RM100 : 15/4/12 (no akaun akan diberi)
(Peserta : 1. Sabariah, 2. Yati, 3. Mona Skudai, 4. Fauziah, 5. Kwn Fauziah, 6. Hajaryoma, 7. Sumaliza & 8. Kwn Sumaliza)

29/4/12 (Ahad) - Kelas Aneka Talam Part 1 (Presint 9, Putrajaya)
Yuran rm250/person
Dateline bayaran deposit rm100 : 22/4/12 (no akaun akan diberi)
(Peserta : 1. Norsaadah, 2. Aloy NR, 3. Znila Ilaaz, 4. Norasikin, masih ada kekosongan)

Jenis-jenis talam part 1 yang diajar:
1. Serimuka Delima Pandan.
2. Talam Cendol.
3. Talam Sekoteng.
4. Talam Keladi.
5. Talam Suji.
6. Talam Peanut Butter.
7. Talam Jagung.
8. Talam Dhia (ubi sagu).
9. Talam Roti Paun.
10. Talam Tokyo.

* resepi-resepi bonus akan diberi spontan dlm kelas, hasil olahan dari talam2 yg diajar diatas.
* tips2 menalam akan diberitahu utk mndpt hasil talam yg cantik & sedap.
* pembaris pemotong talam akan ditunjukkan utk mendpt hasil potongan talam yang sama, cantik & kemas.



2. KELAS ROTI (hand on):
Masa : 9.00pagi - selesai


19/5/12 (Sabtu) - KELAS ROTI MAMAZIEZA
(Peserta : 1. Norafiza, 2. Asiah, 3. Mona, masih ada kekosongan)

20/5/12 (Ahad) - KELAS ROTI MAMAZIEZA
(Peserta : 1. Norlia, 2. Nordalila, 3. Raziedah, 4. Zaimah, 5. Rahani, 6. Elleya - dep paid, 7. Izul Fahmi, 8. Yati, 9. Mariena - deposit paid, 10. Faridah)

Tempat: Skudai, Johor
Pengajar: Mamazieza Azizah Hassan
Yuran rm300/person
Dateline bayaran deposit rm100 : 30/4/2012 (no akaun akan diberi)

Roti-roti yang mama ajar :-
1. Roti Naik Kuantan - Kosong
Cheese
Black and White (peanut butter dan chocolate)i
2. Roti Sandwich/Loaf
3. Sweet Bread - Roti Benggali
- Chicken Floss Roll
- Sausage Bun
- Mexican Bun




3. KELAS BAKUL & TART BUAH-BUAHAN HANTARAN (hand on) :
Masa : 9pagi - selesai

9/6/12 (Sabtu) - Kelas Bakul Hantaran & Tart Buah-buahan bersama Mirawati Mohamad (Skudai, Johor)
Pengajar : Pn.Mirawati Mohamad
Yuran rm280/person
Dateline bayaran deposit rm100 : 20/5/2012 (no akaun akan diberi)
(Peserta : 6 kekosongan)
* Yuran termasuk acuan bakul & tangkai yg bernilai rm30
* bawa Rolling pin sendiri

4. KELAS TART BUAH-BUAHAN HANTARAN (hand on) :
Masa : 9pagi - selesai
10/6/12 (Sabtu) - Tart Buah-buahan untuk hantaran bersama Mirawati Mohamad (Skudai, Johor)
Pengajar : Pn.Mirawati Mohamad
Yuran rm150/person
Dateline bayaran deposit rm50: 20/5/2012 (no akaun akan diberi)
(Peserta : 1. Yus, masih ada kekosongan)


Terma & syarat:
1. Sila booking tempat & jelaskan bayaran deposit sebelum tarikh dateline yg dinyatakan diatas, tujuan pengesahan kehadiran & memudahkan pihak penganjur menyediakan perkara2 yg berkenaan.
2. No akaun akan diberi (CIMB ).
3. Sila inform selepas bayaran deposit dimasukkan tujuan pengesahan kehadiran.
4. Jika tidak cukup peserta Linda berhak batalkan kelas & tunda ke tarikh baru.
5. Wang deposit:
i ) Kegagalan pihak kami mengadakan kelas seperti tarikh yg dinyatakan, pihak kami akan pulangkan wang deposit anda jika anda tidak dpt hadir pd tarikh baru / kelas terus dibatalkan.
ii) Jika peserta tidak dapat hadir atas kegagalan sendiri wang deposit tidak akan dipulangkan....harap maklum.
6. Yuran termasuk makan & minum, nota resepi & bekas utk mengisi hasil belajar ( utk kelas-kelas tertentu shj, jika perlu peserta dimaklumkan utk membawa bekas sendiri).
7. Sila bawa apron, kain lap & pen.
* rujuk bawah iklan, ada peralatan-peralatan lain yg perlu dibawa sendiri bergantung pada jenis kelas yang peserta ikuti, harap maklum.
8. Lain-lain info akan berubah mengikut keadaan & masa tanpa notis...rujuk info2 terkini, harap maklum.

Tuesday, February 21, 2012

KELAS ANEKA TALAM PADA 18/2/2012

Alhamdulillah kelas talam dapat dijalankan dengan jayanya pada 18/2/2012 yg lepas...terima kasih pada kak Shida (Ulu Tiram), Kak Emi (Kulai), Kak Zai (Pasir Gudang) & Kak Beb ( Johor Bahru), dari jauh akak2 sudi dtg ke Teratakdhia utk menimba ilmu menalam ni...meh kita share pic yg sempat Linda snap masa kelas...


Hasil talam yg disejukkan dahulu sebelum dipotong...talam disejukkan diatas tray telur yg boleh dibasuh...kebersihan perlu dijaga....


Hasil2 talam yg dibuat peserta...inilah rupa selepas potong, nmpk cntik & kemas jer...


Semua hasil peserta akan bawa balik...bleh kasi pd keluarga, jiran2 & kwn2 utk merasa makan....leh trus wat jual, berbaloi2...


Jika ada yang berminat leh join next kelas pada 3/3/2012 (Sabtu)
rujuk link sini utk info detail...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=374958355849486&set=a.360725777272744.94530.100000059749224&type=1&theater

nak tgk byk lagi pic2 menarik hasil dari teratakdhia...
http://www.facebook.com/yuslindhia.zamani


Wednesday, February 1, 2012

KELAS ANEKA TALAM PART 1 (18/2/2012) @TERATAKDHIA

Contoh kuih talam yang dihasilkan pelajar bg seisi yang lepas


Kelas Aneka Talam Part 1
Fee : RM200/person (10 resepi)
Tarikh : 18/2/2012 (Sabtu)
Masa : 9pg - selesai
Tempat : Taman Pulai Indah, Skudai Johor
Tel (Linda) : 012-7666486
Inbox FB : http://www.facebook.com/yuslindhia.zamani

Jika ada yang berminat jgn segan inbox (FB) or sms/call Linda ye....
Deposit sekurang2nya RM100 sebelum 10hb Feb (No ac CIMB or Maybank akan diberi)...
Kelas semi hand on
Sila bawa apron & pen...

Modul:
1. Serimuka Delima Pandan.
2. Talam Cendol.
3. Talam Sekoteng.
4. Talam Keladi.
5. Talam Suji.
6. Talam Peanut Butter.
7. Talam Jagung.
8. Talam Dhia.
9. Talam Roti Paun.
10. Talam Tokyo.

Note:
Jika bil peserta x memenuhi kuota, Linda akan tangguhkan kelas ini ke tarikh baru....harap maklum...

Monday, January 9, 2012

IKLAN : KELAS ROTI


Mencari-cari kelas membuat roti??? Jangan lepaskan peluang sebab kelas roti ini memang berbaloi-baloi bagi anda yang serius dalam bisnes roti & bakery....banyak info berguna & hasil roti memang sedap...anda akan diajar menghasilkan roti yang lembut tanpa menggunakan bahan2 kimia....semua anda akan tahu dalam kelas nanti...Anda akan belajar dari mengenal bahan2, menguli, memerap & membakar....anda yang belum pernah ada basic membuat roti insyaallah selepas belajar boleh membuat roti sendiri.....sebab kelas ni mengajar anda dari A-Z tentang membuat roti....

Kelas Roti (Hand on)
Pengajar dari Indonesia (Agus Jamhari)
Tarikh: 4-5 hb February (2days).
Tempat: Taman Pulai Indah, Skudai Johor.
Tel: 012-7666486 (Linda)
Silibus : Teori kualiti bahan roti, Assorted Roti Manis, Roti Tawar, Pizza, Donuts, Roti Kasur, Roti Bakar, Roti Sobek, Cup Bread, Twist Bread Rolled Bread & banyak lagi.
Yuran: RM1200/person (dateline paymnt dilanjutkan sehingga 20/1/12)
* Yuran termasuk makan minum, nota & Sijil akan diberi.
sesiapa nak join sila register dari sekarang, tqvm

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=345137252164930&set=a.345146092164046.91577.100000059749224&type=1&theater

Sunday, December 11, 2011

Kelas Talam

Assalamualaikum...

Insyaallah Linda akan adakan Kelas Talam kali pertama di Guar Chempedak...

Sebab ada permintaan & ramai kawan2 yg berminat nak join....kelas pertama jadi yuran pun harga promosi....

Tempat : Guar Chempedak, Kedah (Add penuh akan diberi slps cnfrm byrn)

Yuran: rm150/person

Date : 20/12/2011 (Selasa)

Masa: 9pg- selesai....

* Penyertaan : Masih ada kekosongan (inbox nama & no tpn).

* Bayaran Dep 50% sebelum 12/12/11 (akaun bank akan diberi slps anda booking)

* sila buat pembayaran sebelum "dateline", jika tiada pengesahan , Linda akan bagi tempat pada waiting list.

Jenis Talam:

1. Talam Jagung

2. Serimuka Delima Pandan

3. Talam Sekoteng

4. Talam Cendol

5. Talam Suji

6. Talam Tokyo

7. Talam Roti

8. Talam Gula Merah

9. Talam Peanut Butter

10. Talam Sago Banjar


Info yg dapat:

1. Dapat resepi bonus yang diolah dari resepi2 di atas.

2. Kelas hand on.

3. Belajar cara masak sehingga naik wap dengan betul mengikut jenis talam.

4. Belajar mengukus dengan betul untuk dapat permukaan talam yang cantik & berkilat.

5. Belajar cara memotong kuih talam dengan kemas & cantik untuk jualan. Peralatan khas digunakan...Linda akan tunjuk dalam kelas.

6. Belajar cara packing dalam kotak.

9. Bermacam lagi anda akan belajar & tahu tips-tips tentang membuat kuih talam, insyaallah.


Note:

1. Loyang yang digunakan saiz (10x10x2)inci...Jika ada yg berminat nak beli 1 loyang, Linda jual rm15...sila buat tempahan & byrn sblm 12/12/11

2. Min peserta 4 org, sekiranya x cukup peserta, Linda akan batalkan kelas & pulangkan deposit anda.

3. Bawa apron, kain lap & pen.

4. Makanan tghari disediakan.

Thursday, November 10, 2011

Nasi Daging Utara & Air Asam Tomato Kerisik

Nasi Daging ni rasanya glamor di utara...x tahu lak kalu kat tempat lain pun ada...tingat masa kecik2 dulu...kenduri kawin jer mesti org kg wat nasi daging & daging cicah air asam....x mkn lauk2 len pun x per...mkn ni jer dh bertambah berpinggan2...huhuu...sedap hingga menjilat jari....
Biasanya nasi daging dihidang gak bersama acar timun nenas (jelatah)...Meh layan resepi campak2 jer...ikut bahan2 yg ada kat dapur....janji leh makan & sedap...




Nasi Daging
Bahan - bahan:
1kg Beras Basmathi - basuh & toskan
1kg Daging (potong 12-14 ketul)
1/2 cwn tomato sup
1/2 tin susu cair / 3sb Yogurt Asli (Tairu)
1/2 cwn minyak masak
3sb planta / mentega/myk sapi
2 sb rempah nasi daging / rempah kurma* - Linda guna rempah kurma
1sb rempah beriani* (* bancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Sedikit kismis
Bawang Goreng - utk taburan

Bahan Tumis
4 sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga.
1-2 helai daun pandan
1 batang serai - ketuk
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji badam - kisar (Linda taruk sbb x guna rempah nasi daging)

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak masak & minyak sapi.
2. Tumiskan 4 sekawan, daun pandan & serai hingga wangi.
3. Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah yg dibancuh dengan air. Kacau2 & biar hingga pecah minyak & wangi.
5. Masukkan daging & air. Masak hingga daging empuk.
6. Dah empuk, masukkan tomato sup & biarkan mendidih.
7. Masukkan susu cair & sesuaikan rasa garam. Biarkan sebentar baru masukkan beras.
8. Kacau2 sekejap & tuang kedalam rice cooker. Masak sehingga nasi tadi masak.
9. Nasi dh masak, gembur2kan nasi & keluarkan daging. Potong nipis2 & hidangkan bersama air asam tomato Kerisik & Jelatah (acar timun mentah)


Air Asam Tomato Kerisik
bahan-bahannya:
Cili padi - secukupnya *
sedikit belacan - dibakar * (ditumbuk kasar)
2 biji Cili besar - dihiris
2 biji tomato - dihiris nipis
1 labu bawang besar - dihiris
1sb kerisik
Air asam jawa secukupnya
gula & garam secukup rasa

Caranya:
Campurkan semua bahan diatas. Gaul sebati.


Ni lak aku google & dpt cara2 nak buat rempah nasi daging sendiri...kot next time leh la cuba...
Aku CNP resepinya kat sini utk memudahkan aku nak rujuk nnt...

Rempah Nasi Daging (homemade)
Sumber asal : http://resepimingguini.blogspot.com/2010/06/nasi-daging-utara.html

Bahan-bahan.
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit bunga lawang, bunga cengkih& buah pelaga
  • 1 sudu besar halba
  • 2-3 biji buah keras-ditumbuk kasar
  • 2-3 biji badam-ditumbuk kasar
  • 1 inci halia-dihiris nipis
Cara membuatnya:
1. Semua bahan2 di atas disangai @ digoreng tanpa minyak hingga garing.
2. Sejukkan & kisar hingga menjadi serbuk.
3. Simpan di dlm bekas kedap udara.



Note:
1. Sukatan beras & air ialah 1:1. Jd klu rebus daging brsama2 rempah yg ditumis kena pandai2 agak ye sukatan airnya...
2. Kalau daging dh rebus asing2, air rebusan jgn dibuang, guna utk masak nasi daging.
3. Jika guna beras basmathi, rendam sekejap dlm 10minit sebelum ditoskan. Kalu guna beras biasa x perlu rendam...

Saturday, October 29, 2011

Kosui Coffee Cappuccino


Resepi asal rujuk disini...
Tapi aku dah olah ikut kesesuaian bahan2 di dapur teratadhia...
Adunan ni aku guna loyang (10x10)inci....komen hubby, sedap & len dari biasa....
Mari layan resepinya...

KOSUI COFFEE CAPPUCCINO
Bahan A - Dimasak hingga mendidih, sejukkan & tapis dlm bahan B
200gm gula pasir
200gm gula merah
600gm air
1sk garam halus
2 helai daun pandan - disimpul

Bahan B - Disatukan
100gm tepung beras
140 tepung ubi / Tapioca flour
50gm tepung gandum
50gm tepung jagung
600gm Santan pekat (Linda guna santan segar)
1sk kapur makan (yg pekat)
1sk perisa Coffee Cappuccino
2sb kicap manis

Bahan C - kukus sekejap supaya lambat basi
Kelapa parut putih
Sedikit garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Satukan bahan A & bahan B. Gaul rata & tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak adunan hingga naik wap.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg siap disapu minyak & dialaskan plastik.
4. Kukus selama 40-45minit.
5. Sejukkan kuih sebelum dipotong & disajikan bersama bahan C.


Rupa selepas potong...guna resepi ni mmg mudah nak potong...x melekit...


Kosui yg sudah digaul kelapa parut & sedia di ngap....mmg sedap....rasa lemak santan dicampur rasa coffee cappucino...

Note:
1. Makan tanpa kelapa parut pun sedap...sebab kuih ni rasa coffee cappuccino....
2. Loyang (10x10) inci.

Saturday, October 22, 2011

Serimuka Delima Ungu

Assalamualaikum...
dh lama tol x update blog...hari ni saja mengolah resepi kuih talam...alhamdulillah menjadi....nak taruk nama dah tak tahu...bila sebut delima mesti org dok pikir kalor merah or pink....jd nk taruk ape ye?...dok google2, last2 jumpa satu link ni disini...jd x pelik/ganjil la kot klu Linda taruk Serimuka Delima Ungu....hehee...Kalu Serimuka Kecubung Ungu ok gak kan....apapun layan ye...


SERIMUKA DELIMA UNGU / KECUBUNG UNGU
Resepi Asal : Chef Asma
Olahan : Yuslindhia Zamani - Teratakdhia

LAPISAN BAWAH:
500g Beras Pulut - rendam semalaman atau sekurang2nya 4 jam
300ml Santan Pekat
300ml Air
2 st Garam
20g Sagu - rendam dgn air & pewarna purple

Cara-Caranya:
1. Basuh bersih & tos beras pulut, campurkan dgn santan, air & garam.
Kukus selama 30 minit.
2. Gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan kan ke dlm loyang.

LAPISAN ATAS:
250gm Gula
100gm Tepung Kastad
400ml Santan Pekat
400ml Air
4 bj Telur
1/2 st Garam
Beberapa titik Esen Vanilla
1/2 st Pewarna Purple

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati. Tapiskan & masak sehingga naik wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit / sehingga masak.
3. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.



Note:
1. Adunan diatas sesuai untuk loyang (10x10) inci....

Wednesday, May 11, 2011

TALAM SEKOTENG PANDAN


TALAM SEKOTENG PANDAN
Resepi asal: Chef Asma
Olahan: Teratakdhia

LAPISAN BAWAH
50g sekoteng (rendam 1 jam, celur 5 min & toskan)
(Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)
*150g tepung beras
*250ml santan pekat
*450ml air
*1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)
*150g gula castor
*1tsp garam

CARANYA
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
Masukkan sekoteng (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
150g tepung gandum
300g gula halus
5/3/2 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp pandan paste - sukatan bergantung pada kepekatan paste...
* kalu dapat buat pati pandan yg diblend sendiri lg bagus...

CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
Tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit

* Guna Loyang 10x10x2 @3


Note:
1. Resepi asal guna perisa ros. Jadi hasilnya mcm dlm gambar kat bawah ni...

Gambar ihsan dari Kak Am (http://serojakitchen.blogspot.com)

2. Ini rupa sekoteng...puas cari kat JB x jumpa...kat ne ye ada jual di JB ni?...ni stok aku dapat dari chef asma...tp gmbar ni ihsan dari kak am...nak snap sndiri x sempat lak....hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails