Monday, June 28, 2010

Kek Pelangi

Demam marble la plak aku ni....resipi aku rujuk dari buku 'Kompilasi Hidangan Kek' oleh Nor Aini Zakaria...
lagi pun nk mencuba membakar guna oven kek lapis yang baru beli...ni kali kedua aku cuba guna oven nh...1st attempt, kejadian kek boleh la...hehehe...iya la baru belajar nk adjust kedudukan yg sesuai ketika bakar...aku bakar guna bahagian atas jer ye....
2nd time, alhamdulillah menjadi...kena bakar kt bahagian tepi mcm dlm gambar tu...tp bila kek hampir nk masak (agak2 slps 45minit) kena adjust skit kedudukan loyang nh...kena letak bahagian tgh loyang tu betul2 kat atas rod api...hehehe....maaf ye, apa yg aku citer nh hanya yg ada oven hijau ni jer paham....
aku amik masa 1jam 15 minit...tp tak tau la pengalaman kwn lain yg pernah mncuba nyer...

Oleh kerana termometernya x der, aku adjust sndiri apinya....sbnrnya trmometer tu trcicir dlm kenderaan yg mengangkut oven dari umah Farah ari tu...sementara menunggu biras aku poskan, api kena pandai2 sndiri gak ler...guna api kecik jer...
Mcm rugi plak bila bakar satu kek jer dlm oven nh....padahal bleh bakar 4 biji skali gus....tp bila banding dari guna oven elektrik, oven nh lagi save budget...



Bahan-bahan:
250 gm Mentega
220 gm Tepung kek*
1 sudu teh Baking powder*
60 gm susu tepung* (* diayak)
200 gm Gula Halus ( rasanya kurangkan kpd 180gm pun ok)
4 biji telur Gred A
5 sudu besar Fresh Milk
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau, merah & kuning

Cara Membuatnya:
1. Griskan loyang bulat berukuran 8 inci. Lapiskan dgn kertas serap minyak. Pre-heat oven pada suhu 180 darjah celsius.

2. Pukul mentega & gula hingga kembang & putih.

3. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

4. Masukkan bahan ayak sedikit-sedikit sambil dikacau, diikuti susu & esen vanilla. Gaul hingga semuanya rata.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan merah, hijau & kuning.

6. Ambil 1 senduk adunan hijau dan tompokkan dibahagian tgh loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan merah dan tompokkan di atas adunan hijau tadi. Ambil pula adunan kuning & tompokkan di atas adunan merah.

7. Ulangi proses langkah 6 sehingga habis ketiga-tiga adunan tadi.

8. Hentak/goyang sedikit loyang supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam / sehingga masak.


Note:
1. Warna boleh tukar ikut selera masing2. Boleh taruk apa2 perisa jika suka.
2. Aku guna loyang bulat 8 inci.
3. Resepi di atas bukan resipi asal dari buku, tapi resipi yg sudah diolah oleh aku...maaf ye, derhaka skit...
4. Rasanya sukatan gula boleh dikurangkan sbb aku rasa mcm manis plak...ikut tekak masing2 kot...
5. Jika guna self raising flour, abaikan baking powder.

Tuesday, June 22, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake


Bahan A:
180gm Mentega
20gm Serbuk koko*
120gm Tepung naik sendiri*
1 sudu teh baking powder* (* ayakkan)
170gm gula kastor
3 biji telur

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara-caranya:
1. Pukul butter & gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga kembang & sebati. Masukkan semua bahan ayak tadi. Gaul rata. Adunan dibahagi kepada 2 bahagian.

2. Di dalam bekas yang lain, pukul semua bahan B hingga kembang.

3. Tuang 1 bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 7 inci & ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan B & ratakan. Tuang baki adunan A.

4. Bakar pada suhu 160 deg celsius selama 60mins or sehingga masak. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sblm dipotong & dihidangkan. Boleh la taruk apa2 topping yang suka....



Note:

1. Sumber asal aku amik dari blog Bro Rozzan. Aku tgk resipi ni sama ngan Kak Hanieliza, zeera@myr (#1246).

2. Aku ada juga jumpa resipi dlm myr (#10259), dlm bahan B taruk 1/4 cawan fresh milk / susu cair.

Sunday, June 20, 2010

Info Oven King Stone

Sumber asal dari blog Deeyanas tapi aku CNP terus utk rujukan aku ye...


Gambar ni sengaja diambil begini untuk menunjukkan yang satu-satunya perlu anda buat kat oven ini adalah dengan menyambungkan "hos" gas dari paip kat oven ke tong gas. Itu saja yang perlu. Yang lain-lain kat badan oven tu jangan kacau terutama pada sebelah belakang tu ada paip yang berlubang, JANGAN tutup. Gas tidak akan mengalir keluar ikut lubang tu malah akan menjadi bahaya jika lubang tersebut ditutup.



Gambar kat bawah ni pulak nak tunjuk bila kita bakar kek lapis. Redai tu untuk kita letak loyang jika bakar kek biasa atau biskut atau juga segala bun, roti dan kuih muih lain. Bawah redai tu pulak ada empat jalur batang paip kan? kat situlah apinya sebenarnya. Dengan meletakkan loyang disebelah bawah akan menjadikan api pada sebelah atas, ini penting untuk kek lapis dan juga kalau kita nak bagi permukaan kek biasa kita kering sedikit (perang).

Dan yang ini pulak adalah gambar oven dengan kedua-dua pintu sebelah atas dan bawah dibuka. Gambar ini menunjukkan pembakaran untuk kek lapis yang mana api disebelah atas dan loyang diletakkan di sebelah bawah. Dengan api ditengah-tengah begini, kita boleh bakar kek lapis disebelah bawah dan kek biasa, biskut, tart dan macam-macam lagi disebelah atas dengan api yang perlahan. Kalau besar barang yang sebelah atas tu hangus pulak. Kek lapis tu kat bawah tu tak ada problem.

Kalau masa bakar kek lapis dan kita besarkan api tapi kita tak concentrate sangat menjaga, kita boleh biarkan pintu oven ni terbuka. Kek akan tetap masak walaupun pintu oven tidak ditutup rapat. Ini keunikan membakar kek lapis.

Saturday, June 19, 2010

White Chocolate & Blueberry Cheese Cake

Ni 1st time aku buat cheese cake kaedah chill / no bake....x pernah buat, tp sesuka hati la plak ubahsuai resipi org...sorry ye....aku gabungkan 2 resepi dari :
1. White Chocolate & Strawberry Cheese Cake - Rnet (jenimokhtar)
2. Black Forest Cheese Cake - K.Zai (Teratak Impian).
Alhamdulillah, nasib baik jadi...rasanya? Kalu ikut tekak aku, ok jer. Sbb aku mmg suka sangat.

Hasilnya...topping tu melimpah ruah la plak...aku taruk blueberry filling byk sgt la plak....lps masak toppingnya, aku x tunggu betul2 sejuk...cpt sgt g tuang, dh brlubang skit kat tgh2 cheese cake nh...tp x perasan pun...belajar dr kesilapan...


Bahan-Bahan: Bahan Base:
250 gm Digestive Biskut (apa2 brand pun x per)
125 gm Unsalted Butter

Bahan Cheese:
Bahan A:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
200gm susu pekat manis
80gm Coklat masakan putih - dicairkan cara double boiler
1/4 sudu teh lemon paste - aku taruk skit jer sbb stok lemon paste mmg pekat sgt. Kalu rujukan asal guna 1 sudu besar jus lemon.

Bahan B:
1 1/2 sudu teh Gelatin halal
100ml air
* campurkan dan cairkan secara double boiler. Kemudian sejukkan selama 5 minit.

Bahan C:
1/2 cwn blueberry filling

Topping:
100gm blueberry filling*
1 sudu teh gelatin*
2 sudu besar air*
* Campurkan semua bahan topping & masak cara double boiler. Sejukkan sekejap & tuangkan atas Cheese cake.

Cara:
1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk. Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci dan masukkan biskut.

2. Cairkan mentega.

3. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.

4. Tekankan adunan ini agar menjadi rata. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.

5. Pukul krim putar sehingga pekat. Ketepikan.

6. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.

7. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan spatula. Masukkan coklat putih yg telah dicairkan tadi. Gaul rata.

8. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan 1/3 adunan krim putar keatas adunan biskut & ratakan. Kemudian letakkan bahan C . Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis.

9. Buat topping dgn mencampurkan semua bahan topping. Masak dengan cara double boiler. Apabila semua sudah sebati, angkat & sejukkan sebentar.

10. Tuangkan campuran topping di atas cheese cake. Simpan semula cheese cake dlm peti ais selama 3 jam sebelum dihidangkan..


Note:

1. utk memudahkan memotong cheese cake / mengelak daripada cheese cake yang dipotong menjadi comot, rendam sekejap pisau di dlm air panas. Angkat & lap pisau dgn kain bersih. Potong cheese cake.

2. Guna loyang jenis springfoam & alas kertas minyak di sekeliling loyang supaya memudahkan ketika mengeluarkan cheese cake nnt.

3. Tunggu topping sejuk baru tuangkan atas permukaan cheese cake.

Monday, June 14, 2010

Marble Chocolate Cheese Cake

Aku saja2 nak R&D kek marble coklat cheese lak...saja nak mencuba...aku tgk dari buku resepi Rabiah Amit, blog bro rozzan & resipi moist brownies yg pernah aku buat sblm ni & aku cuba olah....cam biasa aku akan belajar dari kesilapan....x silap x tahu..dh silap baru leh buat pembetulan....hasil kek dari segi rasa coklat, cheese & kemanisannya dah ok...kek coklatnya moist...tp yg x best cheese tu skit...patutnya aku kena gandakan cream cheese dari 250gm kepada 500gm....loyang lak sepatutnya kena pakai saiz yg lebih besar...aku pi guna loyang bulat 9"...dh ada baki...last2 aku masukkan dlm tupperware anggaran saiz (4x6x2.5) inci yg tahan panas, aku kukus...ok gak...lagi moist...

Yang tak puas hati, kenapa lapis cheese tu kat bawah ye...nk kena tya pakar nh...ada sapa2 leh tolon...hukhuk...x per len kali cuba lagi...tapi aku agak ler...mesti aku pukul adunan cheese x betul2 kembang...asal boleh jer...hehehe...atau pun adunan coklat terlalu cair...ntah la...nk kena CSI la plak...cam biasa, trus virus M datang...hehehe...

Ni resipi versi aku....bahan2 utk adunan cheese aku dh siap2 gandakan...jd len kali trus jer follow resepi nh...

Bahan-Bahannya:
Bahan Coklat:
300 gm mentega
250 g gula halus
4 biji telur gred A
2 cwn Tepung Hong Kong*
1 cwn Serbuk Koko*
2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat* (*digaul rata & diayak - ayak byk kali lg bagus)
4 sudu makan milo
1/2 tin kecil susu pekat manis (200gm)
375 ml susu segar (1 1/2 cawan)

Bahan Cheese:
500gm Cream cheese
125gm gula halus
3 biji telur
vanila/esen lemon

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega + gula hingga kembang & putih.

2. Masukkan telur satu persatu & pukul sampai sebati.

3. Kelajuan paling minimum, masukkan bahan ayak, milo & susu pekat. Putar hingga semua sebati.

4. Akhir sekali masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil putar hingga sebati.

5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian atas & bawah.

6. Dalam bekas yang lain, pukul cheese + gula sampai jadi krim. Kemudian masukkan telur satu persatu + esen vanila & pukul hingga sebati.

7. Gris loyang & alaskan dgn kertas minyak. Pre-heat oven selama 10mins.

8. Tuang adunan coklat bahagian bawah & ratakan. Kemudian tuang semua adunan cheese & ratakan. Seterusnya tuang adunan coklat bahagian atas & ratakan.

9. Bakar pada suhu 160darjah celsius selama 60mins / hingga masak. Nak pastikan kek dah masak, caranya cucuk kek guna lidi sate...jika adunan tak melekat pada lidi (bersih jer), maksudnya kek dah masak.

10. Biarkan kek dalam tin selama 25 minit untuk mengekalkan kelembapannya. Kemudian sejukkan kek atas jaringan. Dah sejuk bolehla dipotong & dihidangkan...

Friday, June 11, 2010

Kek Marble Trio & Kek Lapis Tembikai Cheese

Ni gambar2 kek yang kak Ida (kakak aku) & Kak Yong (kwn kak ida) dari KL order...Kek lapis Tembikai, Lapis Cheese Tembikai & Trio marble Cake (Vanilla, Strawberry & coklat)...Tapi kek tembikai aku lupa nak amik gambar...tak pe...rupanya sama jer ngan aku buat sebelum nih...kek ni semua bersaiz 9 inci...
Keknya dah selamat sampai...kakak aku kata sedap...kali ni aku guna mixer heavy duty yang aku baru beli tu...tapi oven x dpt lagi nak guna oven besar...kena gak guna oven kecik tu...x leh kutuk...kang majuk lak oven kecik aku tu...byk berjasa tau...


kek marble tu aku buat dua adunan...sbb tu la leh tgk ngupa kat dlm...sama jer method aku buat...so, insyaallah coraknyer mesti sama gak...aku suka tekstur kek ni...lembut, moist, halus jer teksturnya sbb aku guna tepung hong kong...dh mcm tekstur kek lapis pun ada gak...kakak aku pun kata sedap...hehehe bukan ujub ye...tp alhamdulillah aku puas hati ngan hasil sndiri...sbb sblm ni dh berulang2 kali buat asyik fail jer...belajar dari pengalaman....tapi x puas hati pasai kek aku merekah...aku mmg sure pasal oven...oven aku kecik...hukhukhuk...



Note:
1. Nak dpt corak mcm ni kena bakar guna api bawah dulu selama 30minit. Lps tu baru la tukar kepada api atas-bawah & terus bakar hingga masak. Tutup permukaan kek ngan kertas aluminium foil supaya permukaan kek x hangus / gelap....jd leh la nmpk corak marble tu cantik jer...

Tuesday, June 8, 2010

Red Velvet Cake


Tengok mcm best jer bila tgk hasil diorg buat Red Velvet cake nih...bila baca komen2 yg dah buat, katanya sedap, moist, rasa coklat2 skit, creamy & len dari rasa kek lain....ermmm cmner tu..mesti sedapkan...so, tingin lak nak cuba, tapi buat masa ni aku CNP pic dari web disini & resepi lak aku CNP dari nadiaejat@Myr...utk rujukan, kot2 bila dtg mood rajin & ngidam nk mkn ke, nnt leh buat...kalu kwn2 tingin nak rasa, meh ler cuba ye...(",)


Red Velvet Cake
Bahan-bahan: (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream Cheese Frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

1. BUTTERMILK:
campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

2. KEK:
sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung, pukul dan semua buttermilk, pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.

7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

9. CREAM CHEESE FROSTING:
- Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.

- Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. Kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

- Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die x keras, baru makan.


Note:
1. TEPUNG KEK:
1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. Ayak 3 kali.

2. Lain2 web & blog relate ngan red velvet cake/cupcake aku listkan utk mudahkan aku achieve..sbnrnya byk lagi tau...tp yg ni dh trlebih cukup...hehehe
- http://pinchmysalt.com/2008/11/10/red-velvet-cake-recipe/
- http://smittenkitchen.com/2007/09/red-velvet-cake/
- http://fireflypie.blogspot.com/2008/08/tribute-to-george-costanza-and-paula.html
- http://aliceqfoodie.blogspot.com/2007/02/red-velvet-cupcakes-with-sprinkles.html
- http://pinchmysalt.com/2009/02/04/red-velvet-cupcakes-with-cream-cheese-frosting-recipe/
- http://resepikasihidangansayang.blogspot.com/2010/03/red-velvet-cake.html
- http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/02/red-devil-cup-cake.html
- http://yummylicious-jun.blogspot.com/2010/02/red-velvet-cuppies-dream-come-true.html
- http://allrecipes.com/Recipe/So-Moist-Red-Velvet-Cake/Detail.aspx

Sunday, June 6, 2010

Kek Marble Trio (Vanilla - Strawberry - Coklat)

Kek Marble sblm ni aku buat mesti x jd coraknya...tp kali ni alhamdulillah ok...jd aku nk la share kat sini. Aku amik resepi dari CMG...aku pernah N3 sblm ni tapi perasa lain & follow betui resepinya...yang ni aku ubah skit dari segi perasa & ada penambahan bahan2nya. Kek ni rasanya sedap...ikut tekak aku ye...mmg puas hati...tekstur kek lembut & moist.

Bahan-bahannya: loyang bulat 9"
300gm Mentega
280gm tepung Hong Kong (tpg gandum pun bleh)*
1 sudu teh baking powder*
2 sudu besar susu tepung* (* disatukan, gaulkan & ayak)
5 biji telur (Gred A) - anggaran berat sebiji dlm 60gm-70gm
250gm Gula halus
1 sudu besar ovalatte
60gm susu cair/fresh milk/santan/whipping cream
1/2 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh perisa strawberry
pewarna pink secukupnya
2 sudu besar strawberry filling / jem strawberry (optional)
2 sudu besar serbuk koko + 5 sudu besar air panas = dijadikan coklat paste

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega, ovallate & gula hingga kembang & putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul hingga sebati.

2. Perlahankan kelajuan & masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sehingga semuanya sebati.

3. Kemudian masukkan susu cair & gaul hingga sebati.

4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian.
- 1 bahagian dimasukkan vanilla
- 1 bahagian dimasukkan pewarna pink, perisa strawberry & strawberry filling.
- 1 bahagian dimasukkan coklat paste.

5. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celsius.

6. Griskan loyang bulat 9 inci & alaskan dasarnya dengan kertas serap minyak.

7. Masukkan 1 senduk setiap adunan berselang seli hingga habis. Gunakan lidi / chopstik buatkan beberapa pusingan. Hentakkan tin 2-3 kali supaya rata.

8. Bakar pada selama 40 minit / sehingga masak.

Note:
1. Jika nak jadikan kek ni marble, taruk adunan dlm loyang berselang seli. Kemudian lorekkan smpai kedasar loyang guna chopstik.

2. Jika nk jadikan kek ni corak seperti pelangi / berbelang2, tompokkan 1 senduk setiap adunan di tengah2 loyang berselang seli hingga habis. Mesti tompokkan bertindih-tindih. Ingat jgn dilorekkan.

3. Tepung self-raising pun boleh digunakan. Tapi abaikan serbuk baking powder.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails