Wednesday, December 29, 2010

Death by Chocolate Cake (Kek Coklat Lembab)



Sumber asal resepi : mrsdayat @myr

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder(ayak)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(Linda gune butter yg dicairkan)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat(ayak)
  • 1 tsp baking powder(ayak)
  • 1 tsp esen vanila
Ganache & Topping
  • 3 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara Membuatnya:

Kek:

  1. Tepung + koko powder + soda bikarbonat + baking powder di ayak bersama
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. M asukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. Gaul dgn cara kaup balik
  5. Last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam
Ganache:
  1. Dlm mangkuk kecil, didihkan 2 cwn whipping cream
  2. Bila dah didih, padam api dan masukkan cooking choc. Kacau sebati.
  3. Tambahkan golden syru.
  4. Ambil 1 cwn ganache & bakinya ketepikan.
Topping fresh cream:
  1. Pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. Kacau sebati
  2. Kek yg dah siap, potong tgh2. Sapukan dgn whipped cream dari step 1. Kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg. Sapu hingga menutupi keseluruhan kek. Kemudian simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  3. Ambil kek yg dh disapu whipped cream td, letak atas redai & alas bawahnya dulang, tuangkan baki ganache tadi. Biarkan ganache mengeras baru la dialihkan ke atas papan kek & hias ikut citarasa masing-masing.
  4. Boleh rujuk step by step bergambar dari link sini... http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/chocolate-moist-cake-wif-deco-spiderman.html


Note:
1. Aku guna baki fresh cream utk membuat hiasan bunga & bolder.

2. Oleh kerana guna fresh cream, kek ni tidak boleh dibiarkan lama diluar peti sejuk...nnt cair lak...

3. Sebelum pukul whipping cream, semua peralatan yg nak digunakan sperti bowl & whisk aku simpan dulu dlm fridge, bila nak guna baru keluarkan. Jadi creamnya x ler cair bila pukul nnt...

4. Aku guna ganache lebihan kek yg aku buat sblm ni, jd x dpt ler ganche tu tutup keseluruhan kek....sbb ada skit jer....cantik gak jadi mcm ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails