Thursday, January 13, 2011

Kelas Deco Bersama Kak Pah (Shamin bakery)


Alhamdulillah...dengan izin ALLAH, akhirnya aku ada rezki lebih skit & dapat pegi kelas deco...ini ler hasil keras tangan aku....Kak Pah suh deco sendiri...hukhuk...blur terus...x der ideal nak deco camner....sbb aku ni bab2 seni mmg hancur skit...tambah lak si kecik meragam...kes takut kat org...kakak2 plak sibuk nak tgk & komplen...kejap2 tnya plak, bila nak blik ibu...dh bosan la tu....mujur la anak kak Pah sudi melayan kerenah anak2 aku nh...mmg aku sangat2 berterima kasih pada Kak Pah yang sudi mengajar aku & anak2 aku skali...hehehe...mmg sporting...mudahan murah rezki Kak Pah...sesiapa nak belajar ngan Kak Pah boleh lah tgk blognya disini....http://shaminbakery.blogspot.com/ kalu nk tahu apa2 info direct jer call Kak Pah...
Sambil2 deco atas kek, Kak Pah sempat tunjuk kat aku cara2 deco atas muffin guna fondont....yg guna BC comot2 tu aku buat...lepas ni nk kena praktis...takut lupa lak...

Wednesday, January 12, 2011

Emulsifer 471 (E471) Halal or Not?

Sumber : http://produkhalal.wordpress.com/2008/06/20/emulsifer-471-e471-halal-or-not/

Sejak kebelakangan ini kita sering didatangi e-mail yg mendakwa E471 adalah lemak babi yang secara mutlaknya, haram di sisi Islam.

Namun baru-baru ini, timbul pula persoalan, mengapa terdapat produk buatan Malaysia yang mendapat pensijilan Halal Jakim menunjukkan di “ingridient” nya E471. Sbg contoh: Ais Krim WALLS, Twiesties, Kopi Aik Cheong dan sebagainya.

Persoalannya, adakah Jakim terlepas pandang?

Maka ramailah pengguna Islam yg perihatin melemparkan persoalan ini, termasuk kepada saya.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Walls Malaysia, yang bagi saya dapat meleraikan keraguan kita.

Kesimpulan yang dapat saya buat:

E471 boleh diabstrak daripada binatang dan daripada tumbuhan.

Bermakna, E471 yang telah mendapatkan pensijilan halal Jakim tidaklah lagi perlu diragui halalnya, kecuali dengan pasti diyakini, pihak pengeluar memasukkan E471 yang berasaskan binatang. Sekiranya TIDAK, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa E471 itu adalah berasaskan tumbuhan.

Wallahu a’lam.

Wednesday, January 5, 2011

Kek Lapis Blueberry Cheese

Rupa kek yang dihias utk kek besday....


Ni plak rupa kek kat bahagian dalam setelah dipotong...

Sumber asal : http://rozzan.blogspot.com/2010/09/kek-lapis-blueberry-cheese.html

Bahan-bahannya:

450 gm mentega
250 gm cream cheese - Philadelphia ( jenama Kraft) or Tatura
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
250 gm blueberry filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

Cara Membuatnya :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Nota:
1. Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.

Tempahan - Chocolate Moist Cake with Deco


Kek ni ditempah oleh jiran aku 29/12/2010...dah tertinggal ketapi...skrg baru nak share hasilnya...hehehe....guna freshcream + ganache + blueberry filling + chocolate rice...buat 2 layer seperti yg direquest....alhamdulillah, ni ler hasil keras tangan aku....

Tuesday, January 4, 2011

Apam Polkadot (Versi Teratakdhia)


Ni resepi Linda dah olah ikut citarasa Linda & selepas mendapat kritikan membina dari customer2...nak cuba blehlah ye...dapat buat bisnes pun bagus ye...Linda dah tunjuk step by step bergambar seperti di atas...harap dapat membantu...kuih ni lain dari yg lain, menarik, cantik & comel...budak2, bapak2, mak2, atuk2 & nenek2 budak pun suka...kih3...meh layan resepi ye...

Bahan-bahannya:
3 biji telur (Gred A) - dari peti ais (anggaran sebiji telur tanpa kulit 55~60gm)
280 gm (2cwn) tepung gandum *
2 sudu teh baking powder * (* ayak bersama2)
220 gm (1 1/2cwn) gula halus (kalu taruk filling leh kurangkan kpd 200gm jer)
250 ml (1cwn) susu segar / susu cair / santan / susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanilla
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa (taruk dlm piping bag)
Pewarna - ikut citarasa masing2

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan apam ( kecuali filling & pewarna) ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. Sementara itu bolehlah panaskan air kukusan.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih.

4. Susun acuan lompang di dalam pengukus & masukkan papercup di dalam acuan lompang tersebut. Picitkan adunan ke dalam papercup 1/2 cup.

5. Piping filling secukupnya.

6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga hampir penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.

7. Bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 10-15 minit.

Note:
1. Slps warnakan adunan, aku asingkan sedikit & taruk dlm piping bag yg lain. Aku tebuk lubang kecik jer...sama saiz diameter lidi..ini mmg guna utk buat dot2 jer...baki adunan aku taruk dlm piping bag gak & tebuk lubang besar skit..senang nak piping dlm papercup nnt.

2. Cara kedua yang boleh guna utk adun bahan2 apam ni...pukul telur + gula + ovalatte sampai kembang...kemudian baru masukkan tepung + baking powder & bhn cecair secara berselang seli...cara ni lebih bagus & confident sbb kita nmpk telur tu betul2 kembang...

3. Jgn buka api terlalu kuat...kalu nasib kurang baik, nnt kuih ni tersenyum la plak (pecah / kembang mekar setaman)...hehehe...

4. Aku guna papercup saiz paling kecil (papercup almond london)...dpt dalam 75-85biji. Bergantung kepada qty adunan kita pipe kan dalm papercup...

Kek Lapis Asam Manis & Kismis

Rupa kek lepas bakar....


Rupa kek sebelum bakar...

Saja nak share gambar kek lapis yang aku buat nak kasi pada jiran sebagai tanda terima kasih sebab tolon bawa aku & anak2 gi setlekan roadtax kereta...jiran aku ni bawa teksi...tapi masa nak bayar di minta kos minyak teksi jer...mcm x berbaloi lak aku rasa & rasa serba salah lak...dh la angkut ngan askar2 & buat kecoh lak dlm teksi abg Salim ni...masa g masuk dlm re-new insuran, tinggai bdk2 ni kat dlm teksi...jd ni ler hadiah aku kasi....sebenarnya lg bagus re-new insuran sndiri, dh ler ada NCD 55% tambah lg 10% diskaun sbb owner re-new sendiri...jd total semua 65%...kalu ejen buat diorg yg makan untung...melalut lak aku nih...Resepi leh rujuk sini...http://teratakdhia.blogspot.com/2010/04/kek-lapis-masam-manis-haw-flakes.html aku buat separuh taruk Haw Flakes & separuh kismis...feedback dari jiran aku, katanya sedap...alhamdulillah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails