
Ni resepi Linda dah olah ikut citarasa Linda & selepas mendapat kritikan membina dari customer2...nak cuba blehlah ye...dapat buat bisnes pun bagus ye...Linda dah tunjuk step by step bergambar seperti di atas...harap dapat membantu...kuih ni lain dari yg lain, menarik, cantik & comel...budak2, bapak2, mak2, atuk2 & nenek2 budak pun suka...kih3...meh layan resepi ye...
Bahan-bahannya:3 biji telur (Gred A) - dari peti ais (anggaran sebiji telur tanpa kulit 55~60gm)
280 gm (2cwn) tepung gandum *
2 sudu teh baking powder * (* ayak bersama2)
220 gm (1 1/2cwn) gula halus (kalu taruk filling leh kurangkan kpd 200gm jer)
250 ml (1cwn) susu segar / susu cair / santan / susu UHT
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh esen vanilla
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa (taruk dlm piping bag)
Pewarna - ikut citarasa masing2
Cara Membuatnya:1. Masukkan semua bahan apam ( kecuali filling & pewarna) ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang. Sementara itu bolehlah panaskan air kukusan.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih.
4. Susun acuan lompang di dalam pengukus & masukkan papercup di dalam acuan lompang tersebut. Picitkan adunan ke dalam papercup 1/2 cup.
5. Piping filling secukupnya.
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga hampir penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
7. Bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 10-15 minit.
Note:1. Slps warnakan adunan, aku asingkan sedikit & taruk dlm piping bag yg lain. Aku tebuk lubang kecik jer...sama saiz diameter lidi..ini mmg guna utk buat dot2 jer...baki adunan aku taruk dlm piping bag gak & tebuk lubang besar skit..senang nak piping dlm papercup nnt.
2. Cara kedua yang boleh guna utk adun bahan2 apam ni...pukul telur + gula + ovalatte sampai kembang...kemudian baru masukkan tepung + baking powder & bhn cecair secara berselang seli...cara ni lebih bagus & confident sbb kita nmpk telur tu betul2 kembang...
3. Jgn buka api terlalu kuat...kalu nasib kurang baik, nnt kuih ni tersenyum la plak (pecah / kembang mekar setaman)...hehehe...
4. Aku guna papercup saiz paling kecil (papercup almond london)...dpt dalam 75-85biji. Bergantung kepada qty adunan kita pipe kan dalm papercup...