Wednesday, December 29, 2010

Death by Chocolate Cake (Kek Coklat Lembab)



Sumber asal resepi : mrsdayat @myr

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula halus
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder(ayak)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(Linda gune butter yg dicairkan)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat(ayak)
  • 1 tsp baking powder(ayak)
  • 1 tsp esen vanila
Ganache & Topping
  • 3 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

Cara-cara Membuatnya:

Kek:

  1. Tepung + koko powder + soda bikarbonat + baking powder di ayak bersama
  2. Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. Masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. M asukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. Gaul dgn cara kaup balik
  5. Last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. Bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam
Ganache:
  1. Dlm mangkuk kecil, didihkan 2 cwn whipping cream
  2. Bila dah didih, padam api dan masukkan cooking choc. Kacau sebati.
  3. Tambahkan golden syru.
  4. Ambil 1 cwn ganache & bakinya ketepikan.
Topping fresh cream:
  1. Pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. Kacau sebati
  2. Kek yg dah siap, potong tgh2. Sapukan dgn whipped cream dari step 1. Kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg. Sapu hingga menutupi keseluruhan kek. Kemudian simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
  3. Ambil kek yg dh disapu whipped cream td, letak atas redai & alas bawahnya dulang, tuangkan baki ganache tadi. Biarkan ganache mengeras baru la dialihkan ke atas papan kek & hias ikut citarasa masing-masing.
  4. Boleh rujuk step by step bergambar dari link sini... http://teratakdhia.blogspot.com/2010/11/chocolate-moist-cake-wif-deco-spiderman.html


Note:
1. Aku guna baki fresh cream utk membuat hiasan bunga & bolder.

2. Oleh kerana guna fresh cream, kek ni tidak boleh dibiarkan lama diluar peti sejuk...nnt cair lak...

3. Sebelum pukul whipping cream, semua peralatan yg nak digunakan sperti bowl & whisk aku simpan dulu dlm fridge, bila nak guna baru keluarkan. Jadi creamnya x ler cair bila pukul nnt...

4. Aku guna ganache lebihan kek yg aku buat sblm ni, jd x dpt ler ganche tu tutup keseluruhan kek....sbb ada skit jer....cantik gak jadi mcm ni...

Saturday, December 25, 2010

Karipap Pusing

Alhamdulillah kali ni buat karipap pusing, hasil dari segi rupa memuaskan hati...pernah belajar kat kakak angkat...tp nape ntah bila buat sendiri tak jd...mesti bila goreng asyik pecah jer...Aku follow sebijik sama resepi asal & aku C&P step by step gambar dari pemilik asal...kredit pada lynn...awalnya aku jumpa resepi lynn dlm lynn@my resepi & lebih detail lynn terang dalam blog dia ...asal resepi ni dari kak hanieliza dlm forum cari...

Ini rupa hasil karipap pusing aku...


Ni pula rupa sebelum goreng...


Aku C&P resepi & semua gambar dibawah ni dari blog lynn utk rujukan aku ye...jadi ayat & pic2 tu original dari lynn ye...aku malas nak ubah...kalu kwn2 nak cuba boleh la...mmg mudah & insyaallah jd...tq bebanyak & kredit pada lynn...

Bahan-bahan :
Utk 1 kg tepung gandum menghasilkan kira2 60 biji karipap

Utk doh berminyak :
150 gm margerin dan crisco (gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning tu.. )
300 gm tepung gandum

Utk doh biasa :
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (td buat anggaran dlm 2 cawan lbh sikit)

Cara :
Sila lihat step by step.. sbb gambar2 mula2 dulu dah saya tempek caranya kan. Bila peratikan gambar kat forum CARI td barulah saya tau kat mana silap dan kat mana yg kurang. Alhamdulilah saya dah puashati bolehlah kongsi dgn kawan2.

user posted imageuser posted image

Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.

user posted imageuser posted image

Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.

user posted imageuser posted image

Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.


user posted imageuser posted image

Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.

user posted imageuser posted image

Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.

user posted imageuser posted image

Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana.

user posted image

Step 7 : Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu.


Utk intinya aku buat inti kentang & taruk daging...

Bahan Inti:
300 gm Daging kisar
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - blender halus
1 inci halia - blender halus
500gm ubi kentang - potong dadu
1 s/b rempah kari daging - bancuh dgn sikit air
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis
Sedikit daun bawang & daun sup

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blender & bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.

2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.

3. Masukkan daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.

4. Masakkan sehingga daging & kentang empok dan air kering.

5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.


NOTE:
1. Aku taruk 75gm butter + 75gm shortening. Slps goreng karipap ni rapuh & tp ada liat2 skit. Camner ye nak citer...hehehe...Apapun sedap..Jadi nk kena adjust kat sukatan butter / marjerin / shortening tu...x per cuba lg...

Thursday, December 23, 2010

Jenis - Jenis Tepung Dan Kegunaannya

Setelah melibatkan diri dengan dunia bakery & masakan, baru la aku tahu banyak jenis tepung yang ada. Sebab ada pelbagai jenis tepung yang ada dipasaran. Setiap jenis mempunya fungsi yang berbeza & digunakan mengikut kesesuaian resepi2 tertentu. Kita perlu mengenali & memahami jenis2 tepung supaya kita dapat menggunakannya dengan betul & hasilnya memuaskan. Jadi jgn pula kita salahkan resepi bila hasil kurang memuaskan, tapi sebenarnya kesilapan kita menggunakan tepung yg betul.

Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour)
- Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan kedai2 runcit biasa. Harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
- Jika ingin membuat kek atau pau, tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali.
- Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour)
- Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
- Akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour)
- Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine.
- Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek (cth: kek chiffon & kek span), kulit tart dan pai.

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies & tepung top.
- Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.
- Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.
- Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
- Ada sesetengah kedai membekal bahan2 bakery tidak menjual tepung ini sebab ia mudah rosak ( berkutu / berkulat).
- Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Optima
- Adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya & sesuai dibuat kek keju.
- Tepung ini juga tepung yang siap sedia digunakan utk membuat kek sponge. Apa yang perlu kita buat, hanya masukkan telur, mentega cair & tepung optima. Pukul semua bahan sehingga menjadi adunan yang pekat & likat. Kemudian sedia dibakar.
- Kek marble yang menggunakan tpg optima lebih halus & gebu hasilnya.

Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.
- Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
- Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal)
- mengandungi serat yang tidak hancur.
- Tidak boleh diayak.
- Digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kastad
- selain mewangikan ia juga akan membuatkan tekstur kek lebih rapat.
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Jagung
- fungsinya untuk memekatkan.
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Krimer
- Adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering di bubuh dalam minuman seperti nescafe & teh.
- Boleh dibeli dalam pack atau botol sebagai non-dairy creamer
- sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Susu
- Adalah susu tepung yang kita gunakan utk membuat minuman.
- Ada jenis full cream & instant. Dicampur dlm penyediaan pastry utk menyedapkan lagi hasilnya.

Tepung Ubi (tepung kanji)
- adalah dihasilkan dari ubi kayu.
- Ia meliatkan adunan.
- Ada sesetengah tempat menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour)

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung Pulut, Tepung Beras, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Dhal & byk lg. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tempahan Kek Lapis Prune

Kek Lapis Prune bersaiz (7x7) inci yang ditempah oleh Nooraida dari Penang...harap berpuashati dengan order ni...sbb aku x pernah jumpa orgnya...order pun melalui facebook...
Jika ada yang berminat, boleh la tgk katalog dlm facebook aku...klik sini ye
http://www.facebook.com/album.php?id=100000059749224&aid=22274

Monday, December 20, 2010

SIAKAP SWEET SOUR & SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI

Saja suka2 nak mencuba masak ikan siakap dengan cara yang berbeza...lg pun masak kukus anak2 tak makan, aku & ayang jer mkn...tingin nak masak sbb masa family dari kampung datang, kami mkn di 'restoren singgah selalu'...ada order siakap kukus limau ala thai...ikut tekak aku nih, mmg sedap sbb bahan2nya diblender halus & rasanya masam2 mcm tom yam skit...tp tak tahu plak bahan apa yg ditaruk...jd kuah & ikannya mmg terasa secukupnya...kebanyakan aku google, bahan2 hanya dipotong nipis / kasar & ditabur...ok kita layan resepi olahan aku nih ye....

SIAKAP KUKUS LIMAU ALA THAI

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap - bersihkan & gaul dengan garam.
3 tangkai cili padi - blender halus
3 ulas bawang putih - blender halus
1 batang serai - blender halus / mayang kasar / ketuk
2 inci halia - separuh blender halus & separuh lagi dimayang nipis
1 kuntum bunga kantan - 1/2 blender halus & 1/2 lagi potong kasar utk tabur
2 sudu besar sos ikan
2 biji asam boi
2 biji air perahan limau nipis
1 biji tomato - potong ikut suka utk tabur
Daun bawang, daun sup & daun ketumbar secukupnya - hiris utk tabur
Cili merah & hijau secukupnya - potong nipis utk tabur
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1. Ikan yang digaul garam tadi letak di dalam pinggan / bekas yang sesuai utk mengukus.

2. Campur semua bahan blender tadi dengan sos ikan dan curahkan ke atas ikan.

3. Taburkan halia, asam boi, bunga kantan & serai (jika x blender).

4. Kukus selama 20-25minit. Semasa mengukus agak2 selepas 15 minit, Perah limau nipis & curah2kan kuah ke atas ikan & sesuaikan rasa masinnya.

5. Setelah masak, taburkan cili merah hijau, daun sup, daun bawang & daun ketumbar. Sedap dimakan bersama2 nasi panas.


SIAKAP SWEET SOUR

Yang ini pula resepi paling simple & cepat...sblm ni aku guna cili kisar...tp kali ni semua guna sos...aku tak taruk tepung jagung sbb kuahnya dah pekat....

Bahan-bahannya:
1 ekor siakap - bersihkan & gaul bersama garam & kunyit.
1/4 biji nenas - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1/4 biji timun - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 -3 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - mayang nipis
4-6 tangkai cili padi - potong nyerong / tumbuk kasar
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
garam & gula secukup rasa
air secukupnya
minyak secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Goreng ikan sehingga garing & ketepikan.

2. Dalam kuali lain, masukkan minyak secukupnya, tumis bawang putih, halia & bawang besar sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan ketiga-tiga jenis sos & sedikit air. kacau2 sekejap & masukkan nenas & cili padi.

4. Apabila kuah agak pekat, masukkan tomato & timun.

5. Sesuaikan rasa masin, manis & masam. Bila dah masak, angkat & tuangkan ke atas ikan yang sudah siap digoreng tadi.


Sunday, December 19, 2010

Telur Dadar Mayonis

Menu yg selalu aku masak...mudah & sedap..yg paling penting anak2 suka makan.



Bahan-bahannya:
3-4 biji telur
2 sudu besar mayonis
1/4 batang carrot - potong dadu kecil
daun sup & bawang secukupnya - hiris nipis
1 biji cili merah / hijau - hiris nipis
Secubit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu besar butter / marjerin - utk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan. Pukul sehingga semua sebati & mayonis tidak kelihatan berketul2.

2. Cairkan butter dalam kuali. Setelah kuali sudah panas, tuangkan semua campuran tadi & goreng sehingga masak.

3. Sedap dimakan bersama nasi putih / diratah jer....

Thursday, December 16, 2010

Kuih Serimuka / Pulut Sekaya (Versi 2)



BAHAN-BAHANNYA:
Lapisan Bawah:
  • 450gm Beras pulut - bersih & toskan.
  • 50 Beras pulut - bersih & rendam dengan pewarna merah.
  • 400ml Santan cair - kalu ikut aku, taruk santan agak2 lebih skit dari paras pulut dh ok.
  • 1 1/2 st Garam halus
  • sedikit pewarna merah (nak taruk warna lain pun boleh)

Lapisan Atas:
  • 1 cwn Tepung gandum (120gm)
  • 3 sb Tepung jagung (15gm)
  • 3/4 cwn Gula pasir (140gm)
  • 3 biji telur
  • 3 cwn air (750ml) *
  • 1 biji kelapa parut *
  • 10 helai daun pandan * ( * kisar semua & tapiskan)
  • Secubit serbuk kulit kayu manis
  • Sedikit Pewarna hijau (optional)
  • 1/2 st garam halus

CARA MEMBUATNYA
Lapis Bawah:

  1. Sediakan kukusan & biarkan mendidih
  2. minyakkan loyang & alas loyang dgn plastik & biarkan plastik tu lebih skit pada tebing loyang (masa nk potong / senang nk kluarkan kuih dari loyang). Ketepikan
  3. Satukan santan & garam.
  4. Masukkan pulut plain & pulut berwarna merah ke dalam bekas berasingan. Tuangkan sedikit santan ke dalam bekas berisi pulut bewarna merah, agak2 paras pulut sudah mencukupi. Baki santan tuang ke dalam bekas pulut plain.
  5. Kukus kedua2 bekas berisi pulut selama 20-30 minit. (Sementara kukus pulut boleh sediakan lapisan atas)
  6. Keluarkan bekas. Campurkan kedua-dua pulut tadi, gaul alar kadar sudah cukup. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang sudah dialaskan plastik tadi. Ratakan & padatkan permukaan pulut (aku alaskan plastik & tekan guna penekan kek lapis). Ketepikan & sedia utk dimasukkan lapisan atas.
Lapisan Atas:
  1. Pukul telur + gula hingga kembang. Kalu nak pukul sekadar kuning & putih bercampur pun boleh.
  2. Campurkan semua bahan. Kacau rata & tapiskan supaya adunan tidak berketul2.
  3. Panaskan kukusan sekali lagi hingga mendidih dgn api sederhana. Letak loyang berisi pulut tadi ke dalam pengukus & perlahan-lahan tuangkan adunan lapisan atas.
  4. Kukus selama 45 min - 1 jam.

NOTE:
  1. Aku guna loyang (9x9)inci.
  2. Aku rendam pulut sekejap jer...dlm 1 jam.
  3. Tunggu kuih ni betul2 sejuk, barulah mudah dipotong. Mykkan sedikit pisau supaya pulut x melekat....jd nmpk rata & cntik. Guna pisau plastik. Ada org guna benang, tp blum penah try lg...
  4. Aku taruk santan pekat sikit dlm pulut sbb lagi lemak. Trpulang pada selera masing2...ada yg taruk santan cair jer...
  5. Kalu ikut cara mak aku, slps tuang lapisan atas, kacau perlahan2 sehingga adunan mnjadi agak pekat. Slps tu baru ler tutup pengukus & kukus hingga masak. Sbbnya, kalu x dikacau, telur akan terapung keatas & tepung mendap kebwh...jadi bila dah masak nnt lapisan atas kuih jd mcm berongga & lembik skit.
  6. Cara lain, kacau dulu adunan dalam periuk atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya tak berkerak. Kacau sehingga naik wap. Kemudian baru tuangkan ke dalam loyang berisi pulut yg sudah dimampatkan tadi.
  7. Kalu nak guna santan kotak / santan serbuk & campurkan dengan air. Bila disukat semula, pastikan jumlah campuran (santan + air) sama dengan jumlah air yg dinyatakan dalam resepi.

Petua Membuat Kek Lapis (sumber : Variasi Kek Lapis Noraini Zakaria)

1. Mentega tulen digunakan kerana memberi rasa yang lebih enak. Keluarkan dari peti peti sejuk 15 minit sebelum digunakan. potong mentega menjadi kiub untuk memudahkan ia dipukul.

2. Kek Lapis bakar, Gunakan ketuhar yang mempunyai fungsi grill (api atas & bawah). Ini kerana ia dimasak selapis demi selapis. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum digunakan dan set pada suhu 160-190 darjah celsius (suhu oven TD). Kek lapis Kukus, didihkan air dalam periuk kukus sebelum masukkan kek ke dalamnya.

3. Buah-buahan campuran hendaklah dibasuh & ditoskan utk membuang gula yang berlebihan. Kemudian potong kecil-kecil. Tetapi buah prun tidak perlu dibasuh.

4. Penggunaan jem buah-buahan menambahkan rasa masam manis pada kek. Jem hendaklah dilenyek agar ia tidak berketul-ketul.

5. Untuk Kek Lapis Betawi dan yang sejenis dengannya, sapu permukaannya dengan marjerin yang dicampur sedikit susu pekat manis pada setiap lapisan agar ia melekat dan lebih lembap.

6. Setiap lapisan kek yang telah masak hendaklah dipadatkan dengan alat penekan utk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap. Gelembung udara menyebabkan lapisan tidak sekata.

7. Terdapat dua kaedah membuat kek lapis bakar iaitu pertama dengan kaedah memukul putih telur & gula (meringue method) & kedua dengan kaedah memukul telur, tepung, gula & ovalette (foaming method)

8. Kek lapis kukus pula kebanyakannya menggunakan kaedah mengkrim mentega sama seperti membuat kek mentega biasa.

9. Kek lapis bakar perlu dimasak selapis demi selapis. Oleh itu, ia hanya perlukan masa 7-10 minit / lapis untuk masak. Bergantung kepada jenis ketuhar. Pastikan kek telah berwarna perang tua baru dikeluarkan dari ketuhar untuk melapis lapisan seterusnya. Jika lapisan kek cepat hangus, kurang suhunya.

10. Kek yang siap dibakar dan dikukus hendaklah dibiarkan sejuk dalam tin pembakar selama 30minit sebelum dikeluarkan. Kek lapis jenis ini tahan selama sebulan/lebih dalam peti sejuk. Ia hendaklah dibalut dengan kertas aluminium dan simpan dalam bekas bertutup rapat.

Wednesday, December 15, 2010

Butter Prawn


Menu dinner semalam...1st time cuba...tak jadi bertali pun...jd mcm scramble egg la plak...tapi halus2 jer hasil telur tu...mungkin sbb derhaka pada resepi kot...aku follow method resepi 1....aku gantikan cili padi dengan rempah kari sebab anak2 nak mkn, kalu taruk cili padi pedas la plak...sukatan lain agak2 jer, refer dari 2 resepi asal aku C&P kat bawah...rasanya sedap....len kali akan cuba lagi...
Ni resepi aku nyer...

Bahan-bahan:
20 ekor udang - bersihkan & tos
3 sudu besar butter
2 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar rempah kari
4 biji kuning telur
1/4 cawan susu cair
Sedikit daun kari
Serbuk kunyit & garam
Minyak

Cara Membuatnya:
1. Lumurkanl udang dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak & goreng udang separuh masak. Angkat & toskan.

2. Campurkan susu cair, telur & serbuk kari. Pukul sehingga kembang.

3. Panaskan kuali & masukkan mentega. Biarkan mentega cair perlahan2 & tumiskan bawang putih.

4. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari & udang goreng. Kacau hingga bersarang dan garing (tapi aku nyer x jd bersarang).


Note:
1. Masa mkn kt restoren singgah selalu aku mkn x best sebab ada rasa manis, jd tekak aku rasa muak lak...jadi bila aku buat, x taruk gula.

2. Hasil aku google, aku C&P utk rujukan...kalu nak tgk hasil sebenar, bleh klik tulisan berwarna yang aku dah linkkan ke sumber resepi asalnya...

Resepi butter prawn 1
Sumber resepi & gambar : http://bvlgarigirl.blogspot.com/2009/07/resepi-butter-prawn.html



Bahan-Bahan nya:

1 kg udang besar/udang galah /udang harimau-belah belakangnya
minyak
250 gm unsalted butter (yg tak masin punya ok, mmg lah unsalted tu tk masin la)
5 ulas bawang putih (cincang)
6 biji cili api (cincang) jgn pedas sgt nanti tak sedap
8 biji kuning telur
250ml susu cair full cream
aji no moto (jgn letak byk nanti rambut gugur. ye ke?)
garam
gula
1 sd teh sos ikan

Cara memasaknya

Perap udang dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Jangan masak sangat. Toskan. Pukul kuning telur dan susu hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masuk cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Kalau nak lebih bersarang, petuanya kuali itu kena betul2 panas.

Toskan kejap hilangkan minyak2 tu semua. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

Makan dgn nasi panas2 atau ratah aje.


Butter Prawn 2
Sumber resepi & gambar : Kak Nor
Sumber asal dari : Nita

Penerangan dari Kak Nor jelas, len kali nak cuba follow betul2 method yg kak nor kasi ni, insyaallah.



Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia.

Monday, December 13, 2010

Kuih Ketayap Motif

Idea utk buat motif pada kuih ni aku dpt dari sini...tapi resepi aku sendiri sbb masa nk buat x jumpa plak blognyer...masa nk masuk N3 ni, baru nk godek2 cari....resepi leh tgk kat bwh...dapat ler 25 keping (qty bergantung pd saiz kita dadar dlm kuali ye)

Bahan-bahannya:
Bahan A:
3 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
4 cwn air / santan / susu cair / susu segar / susu UHT
1 1/2 sudu garam halus
1 sudu besar minyak masak

Bahan B:
Pandan paste - secukupnya
Pewarna coklat / coklat emulco - secukupnya
1/4 cwn minyak masak
3 helai daun pandan - potong pjg agak2 dlm 3 inci & ikat hujungnya dgn getah, pd bahagian hujung lg satu di koyak2kan. Tujuan - guna utk sapu myk pd kuali.


Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan A. Gaul sebati. Jika berketul2 tapiskan.

2. Keluarkan dlm 5 senduk adunan (ini senduk kt umah aku ye). Campurkan dengan coklat emulco secukupnya & Masukkan adunan kedalam botol sos / piping bag. Selebihnya campurkan dengan pandan paste.

3. Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan yg diikat tadi. Corakkan dahulu adunan warna coklat ikut motif yg disukai. Selepas itu, baru masukkan 1 senduk adunan warna hijau & dadarkan ikut saiz yg dikehendaki seperti biasa.

4. Dadar dah masak, angkat & letak pada permukaan yang rata. Letak & bentukkan inti memanjang seperti dalam gambar dibawah. Lipat bahagian kiri & kanan dadar & gulung.



Selalunya aku buat inti kelapa mesti hentam taruk jer bhn2nya...sbb setiap kali beli kelapa parut, x sama saizkan...tapi kali ni aku timbang dulu kelapa parut ni...aku taruk bhn2 len & dpt sukatan yg sesuai....kalu nk ikut bleh la...gula merah aku guna cap bintang, jd x perlu nak tapis & risau gula merah tu berpasir. Jadi boleh campur terus dlm kelapa parut.


Inti Kelapa

Bahan-bahan:
400gm kelapa parut
200 gm gula merah
1 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan - pintalkan
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk.

2. Masak atas api yang sederhana. Kacau-kacau selalu supaya tidak hangus. Masak sehingga air kering.

3. Dah masak, sejukkan sebelum digunakan.


Note:
1. Kalu taruk santan dalam adunan dadar, minyak masak tak perlu taruk pun tak per sbb santan dah berminyak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails