Friday, April 30, 2010

Kek Lapis Horlicks - Milo

Ini adalah hasil dari olahan 2 sumber resepi iaitu dr buku Noraini Zakaria & bro rozzan. Aku saja nk mencuba method NZ...bg aku, mcm renyah skit...


Kek Lapis Horlicks - Milo

Bahan-bahannya:
Bahan A:
250gm Mentega (golden churn)
200gm Lepa Susu (buttercup)
14 biji kuning telur
400gm susu pekat manis

Bahan B:
7 biji putih telur
200gm Gula Kastor
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C:
240gm Tepung Hong Kong *
1/2 sudu teh serbuk penaik * (* diayak bersama)
100 gm Horlicks
100gm Milo


Cara Membuatnya:
1. Adunan A - Satukan mentega, lepa susu & susu pekat manis dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang & berkrim.

2. Masukkan kuning telur sedikit - sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.

3. Adunan B - Di dalam bekas lain & beater bersih, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor & serbuk krim tartar. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang & kental.

4. Masukan tepung hong kong yg telah di ayak bersama baking powder ke dalam adunan A. Gaul hingga sebati.

5. Kemudian tuangkan Adunan B ke dalam Adunan A. Kacau rata.

6. Bahagi adunan kepada 2 bahagian :
- bahagian pertama dicampurkan horlicks.
- bahagian kedua dicampurkan milo.

7. Pre-heat oven 10 minit. Gris loyang (8x8) inci & alaskan dgn kertas serap minyak.

8. Bakar selapis demi selapis hingga habis adunan pada suhu 190 deg celsius selama 5-8 minit dgn mggunakan api atas shj.

9. Selepas bakar lapisan terakhir, tutup permukaan loyang dgn kertas aluminium foil & terus bakar semula selama 15 minit guna api atas bawah.




Note:
1. Aku lapis horlicks 2 lapis kemudian lapiskan adunan milo 2 lapis & ulang semula sehingga adunan habis.

2. Aku ikut method NZ, slps bakar cucuk2 permukaan kek dgn lidi / garfu. kemudian tekan dgn penekan. Sbb sbblm ini pernah terjadi (semasa buat kek lapis prune) bila aku tekan dgn penekan, lapisan permukaan kek & selapis kek yg dibakar tertanggal & melekat pada penekan. Bila aku cuba ikut cara NZ (cucuk2 dgn lidi) masalah tu x berlaku.

3. Guna loyang (8x8) inci. Jadi bila nk melapis, aku sukat adunan guna 1/2 cwn metrik (100gm) utk setiap lapisan. nmpk agak nipis. Rasanya lebih sesuai kalu guna 2/3 cwn metrik utk loyang ni.

Wednesday, April 21, 2010

Homemade Sup Bunjut


Cara membuat sup bunjut sendiri....aku jumpa kat sini & asalnya dari sini...

Bahan A

1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga

Bahan B

1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh lada putih
3 keping kelopak bunga lawang
sedikit buah pelaga yang di pecah-pecahkan
secubit mustard seed(biji sawi??)
secubit biji poppy
1/2 sudu teh jintan manis

Pecah2kan bahan B...tak perlu hancur sgt.
masukkan ke dalam kain kasa, ikat dengan benang.
siap untuk digunakan.

Monday, April 19, 2010

Senarai Bakery Supplier Di Malaysia

List ni aku dpt dr myr oleh irda0203...ada juga hasil google kat tmpt lain aku add kan.....mungkin ini boleh membantu aku & kawan2...kalu ada yg tahu & address nyer x der kat dalam list di bawah, boleh gak kita share sama2....nnt Linda leh update kan....

SENARAI BAKERY SUPPLIER DI MALAYSIA, BRUNEI & SINGAPURA:

[KUALA LUMPUR/WILAYAH PERSEKUTUAN]
  • Bake Supplier Jalan SG 1/9, Taman Sri Gombak. Yen Bakery Supply Enterprise 19,Jalan Maju 3/3, Taman Lembah Maju, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03 4146 1510
  • Bake With Yen 29 & 33,Lorong Haji Taib Satu, 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03 2692 7623 Faks : 03 2694 5668
  • Bake With Yen TS123 - TS125,Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur. Tel : 7727 6073
  • Baker World Trading 6,Jalan 6/38D, Taman Sri Sinar, Segambut, 52100 Kuala Lumpur. Tel : 03 6273 2208
  • Bagus 214 Jalan Negara 2, Taman Melawati, 53000 Kuala Lumpur. Tel : 03 4106 0688 Faks : 4101 0488
  • 8P Concept Sdn Bhd 57 Jalan Medan Midah, Taman Midah, Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
  • Easy Make Bakery Ingredients 48 Jalan Serkut, Taman Pertama, Batu 4,Cheras, 561000 Kuala Lumpur. Tel : 03 4296 7181
  • Zen Zen Trading A8-G-28 Jalan Mewah, Taman Pandan Mewah, 56100 Kuala Lumpur, Tel : 03 4296 7181
  • Wilton Enterprise 4 & 6 Jalan Indah 23, Taman Cheras Indah, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03 9284 8168
  • Switz Marketing Sdn Bhd A3 & B3,Blok A, Prima Business Centre, Taman Rasa Sayang, 43200 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03 9075 2061
  • Trans Standard Marketing Sdn Bhd 21-G Medan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Tel : 03 4294 6810
  • XQ Trading 11 Jalan Hujan, Taman OUG, 58200 Kuala Lumpur. Tel : 03 7783 7768
  • Morrison House Sdn Bhd 30 Jalan Raja Bot, 50300 Kuala Lumpur. Tel : 03 2692 1882 / 03 2692 2882 Faks : 03 2691 2800
  • Phoon Huat (M) Sdn Bhd 27 Jalan Manis 7, Taman Segar, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03 9130 8828
  • Pastry Pro Sdn Bhd 8 Jalan 3/37A, Industrial Area,Taman Bukit Maluri, Kepong, 52100 Kuala Lumpur.
  • Milita Bakery Supplier 355 Jalan Selesa, Happy Garden,Off Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur. Tel : 03 7987 2993
  • House Of Ingredients 3 Jalan Gangsa SD3/5E, Sri Damansara, 52000 Kuala Lumpur. Tel : 03 6274 2262
  • Demeters Choice Trading 8-1 Jalan Meranti SD 13/5, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
  • D Home Bakers Sdn Bhd 21 Jalan Meranti SD13/5, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.
  • 8P Concept Sdn Bhd 57,Medan Midah, Taman Midah, 56000 Kuala Lumpur. Tel : 03 9132 9008
  • Bake Ideas 4,Jalan Damai Perdana 1/8A, Bandar Damai Perdana, 56000 Kuala Lumpur. Tel HP : 016 381 6368
  • Baker’s Mall 165,Jalan Cheras, Batu 9, 43200 Cheras, Kuala Lumpur. Tel : 03 9076 6409
  • Baker World Trading 6,Jalan 6/38D Taman Sri Sinar, Segambut, 51200 Kuala Lumpur. Tel : 03 6273 2208
  • Easy Make Bakery Ingredients 48 Jalan Serkut, Taman Pertama,Batu 4, Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03 9200 8278
  • Hock Chun Supermarket 241,2 3/4 Mile, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel : 03 2142 0592
  • House Of Ingredients 3,Jalan Gangsa SD 5/3E, Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Tel : 03 6274 2262
  • LS Bakery Shop 56,Jalan Bunga Tanjung 8, Taman Muda, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03 4296 7399
  • Perfect Formula 21-G,Medan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah, 68000 Ampang, Kuala Lumpur. Tel : 03 4294 6810

[ SELANGOR ]
  • Yummie Bakery Lot 313,Kompleks Diamond, Jln Medan Bangi, Off Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tel : 8210 1588
  • Bagus Permata [akan dibuka] 2724,Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Ampang. Selangor Darul Ehsan.
  • Chang Thung Sdn Bhd No 26,Jalan SS 24/13,SS24, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7804 6866
  • Chang Thung Sdn Bhd No 83,Jalan SS25/32,SS25, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7803 7937
  • City Bakers Enterprise 20-1,Ground Floor,Dataran Sunway, Jln PJU 5/15,Kota Damansara, 47000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 6157 9378
  • Citra Klasik 15 & 15M,Jalan Hentian 4, Pusat Hentian Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
  • Master Mix Enterprise 93,Jalan SS19/6, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5636 1687
  • Mamadeli Sweet Taste Trading 3,Jalan Reko Jaya , Taman Reko Jaya, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 8737 0408
  • Markaids Sdn Bhd Lot 6,Lorong 19/1A, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 7957 9733
  • LMC Bakery World 1,Jalan BRP 1/3, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. Tel : 6140 3823
  • Just Right Bakery Essentials Supplies 50,Jalan 1/12, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7781 2524
  • OLK Marketing 6,Medan Sri Apex, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. H/P : 016 293 5178
  • Guten Braun Enterprise 19,Jalan 21/1-B, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7874 0090
  • Chun Yip Bakery Mart 59-G,Jalan SS21/360,Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7728 8381
  • Cottage Delight Sdn Bhd 32,Jalan USJ 9/5Q, UEP Subang Jaya , 47620 Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 8024 7073
  • Chang Tung Sdn Bhd 26,Jalan SS24/13, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7804 6866
  • Bibun Food Sdn Bhd 12,Jalan Bidara 2/4, Taman Bidara Light Ind Area, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 6138 9288
  • Best 23 57,Jalan USJ 8/2B, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5637 6637
  • Best 23 No 21,Jalan 20/13, Paramount Garden, 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 7873 0523 http://www.wendybakery.com
  • BS Bakery Shop Bayu Perdana Klang, 41,Persiaran Pegaga, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 3324 6898
  • BS Bakery Shop 209,Bt 1 1/2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 3341 1513
  • Baker’s Mall 113,Jalan Kenari 23, Bandar Puhong Jaya. Tel : 03 8075 6675
  • Bake Oven Bakery Supplies 17,Jalan SG 3/8,Taman Sri Gombak, 68100 Batu Cave, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 6185 8601
  • Tan Joo Hai Sdn Bhd 252,Jalan Ipoh, Batu 17, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 6092 5585
  • De Manis Enterprise [Bake With Yen] 82,Jalan Badminton 13/29, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5519 8318
  • Bake With Yen No 30 & 32 Persiaran Puteri Satu, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 8060 1828
  • Bagus 56-58 Jalan Rugbi 13/30, Seksyen13, 41000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5511 0688 Faks : 03 5511 0689
  • Bagus 3A,Jalan Jelok 6,Metro Point, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 8736 5688 Faks : 03 8733 5689
  • H.O.I Sri Damansara No 3 Jalan Gangsa, SD 5/3E PJU9, Bandar Sri Damansara. Tel : 03 6274 2262 / 03 6131 1216
  • Artisan Cake Craft Sdn Bhd, No.50A-3 & 50B-3, Kelana Mall, Jalan SS 6/14, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-7880 3598 Fax : 03-7880 7189.
  • Bagus Marketing Sdn Bhd, No.52, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Tel : 03-5511 0688 Fax : 03-5511 0689
  • BFee Bakery Ingredients Sdn Bhd, 26-G-01 & 25-G-01, Jalan Medan PB2B, Medan PB2, Pusat Bandar Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8925 8098
  • Cake Connection Sdn Bhd, D-11-1, Block D, Jaya One, 72A, Jalan Universiti, Section 13, 40200 Petaling Jaya, Selangor. Tel 012-235 9779
  • My Choice Trading No 14 Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 5510 4198 Faks : 03 5512 2449
  • Blooming Bakerz No 12,Jalan Dato Yusof Shahbudin 44, Tmn Sri Sentosa, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel/Faks : 03 5162 6413
  • Bagus No 27,Lorong Batu Nilam 21C, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 3324 0288
  • Mama’s Choice 27, Jalan Semenyih Sentral 3, Taman Semenyih Sentral, Semenyih, 43500 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03 8724 0424

[ BRUNEI ]
  • Le Apple Bakery Mart 26,Bangunan Haji Abdullah,Menglait, Jalan Gadang, Brunei Darul Salam. Tel : 673-2-423 789

[ JOHOR ]
  • Kim Wah Trading 27-29 Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim. Tel : 07 774 3828
  • Ng Ming Huat Sdn.Bhd 116,Jalan Harimau Tarum, Century Garden, 80250 Johor Bharu. Tel : 07 334 9999
  • Precia Trading Sdn.Bhd No 19 & 19A Jalan Besi, Taman Sri Puteri, 81300 Skudai, Johor Darul Takzim. Tel : 07 334 9999
  • Nihsin Bakery Mart 57,Jalan Berlian Satu, T.Berlian, 86000 Kluang, Johor Darul Takzim. Tel : 07 771 0067
  • Perling Indah Enterprise 11,Jalan Persisian Perling, Taman Perling, Johor Bharu. Tel : 07 236 9763
  • Jessery Treading 92-93,Taman Orkid, 84000 Muar, Johor Darul Takzim. Tel : 06 951 0225
  • Bake Well Enterprise 55,Jalan Tengku Ahmad, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim. Tel : 07 932 2605
  • Bake Well Ingredient Centre 67,Jalan Susur, Larkin Perdana 1,Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru. Tel : 07 234 3633
  • Chan Guan Trading 671,Jalan Taib, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim. Tel : 07 687 2816
  • Chop Tiong Nam 54,Jalan Genuang, Kampung Abdullah, Segamat, Johor Darul Takzim. Tel : 07 931 3141
  • OTN Trading 84,Jalan Pee Kang Hai, Kampung Abdullah, 85000 Segamat. Tel : 07 932 4935
  • C Siang Marketing Sdn Bhd, No 24 & 24A, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
  • Perling Indah Enterprise, No.11, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru. Tel: 07-236 9763 Fax: 07-236 7200
  • Venturi Enterprises, 45, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti, 81300 skudai, Johor.
  • Tel/Fax : 07-520 3923 HP: 016-719 3923 email: mgtan62@streamyx.com

[ KEDAH ]
  • Honey Food Industries [Kedah] S.B 168 Jalan PSK Utama, Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, 05400 Kedah Darul Aman. Tel : 04 772 0098
  • Sayang Cake Ingredients Mart 1903,Jalan Stadium, 05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel : 04 730 0225 H/P : 012 492 5855 [Mr Heng]
  • Sweet Berry Enterprise 287-B2,Jalan Tunku Ibrahim, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman. Tel : 04 495 7837 H/P : 012 555 1621 [Mrs Gan]
  • Cook With Shuk 2024 Ceruk Lincai, Mukim Kedawang, Langkawi. Tel : 04 955 2657
  • Sunshine Bakery And Ingredient Supply No 94,Ind.Ringan,Lorong Semarak 2,Tmn Semarak, 09000 Kulim, Website:sunshinebis.wetpaint.com Email:sunshinebis@gmail.com TERIMA KASIH! Tel/Faks : 04 495 5439 H/P : 012 434 8533 / 017 467 9084
  • ZS Cake House 74,Jalan Haiban 1, Taman Sri Haiban, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
  • Sayang - Pembekal bahan-bahan bakeri 279, Lorong Keranji, Taman Keranji 2, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman. Tel/Fax: 04 490 3101
  • Apple One Stop Enterprise 28,Lorong Semarak 2, T.Semarak, 09000 Kulim. Tel : 04 490 9710
  • CSB Food Trading 92,Susuran Tandop, Kawasan Perusahaan Tandop, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel/HP : 012 471 7219

[ KELANTAN ]
  • Dapur Suri Sdn Bhd No 50-F,Berek 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel : 09 741 2012 / 019 933 2655 Faks : 09 741 2010
  • Citarasa Trading Lot 1129,Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Tel : 09 745 3318

[ MELAKA ]
  • Everest Hotel @ Restaurant Supplies Sdn Bhd No 6,8,10 Jalan Melaka Raya 26, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Tel : 06 282 8233 Faks : 06 282 8366
  • King Hin Plastic Enterprise 89,Jalan Temenggong, 75200 Melaka. Tel : 06 292 6981 H/P : 019 655 1778 [Mr. Lim]
  • Wang Yen Trading 51,Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana,Section 1, 75200 Melaka. Tel : 06 283 7729
  • King Hin Plastic Enterprise, No. 38, Jalan BPM2, Taman Bukit Piatu Mutiara, 75150 Melaka.
  • Tel : 06-281 8196

[ NEGERI SEMBILAN ]
  • Amore e-Bake 282G, Jalan Haruan 5/7, Pusat Kommersial Oakland, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel : 017 265 2636 / 017 257 3600

[ PAHANG ]
  • Bakemate Enterprise 11,Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 515 7368
  • Bakewell Trading 74/1,Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 555 1618
  • Happy Sun Trading 39,Jalan Tengku Bakar, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 296 7081
  • Kim Frozen And Confectionary 82,Taman Ketari, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 222 3450
  • Put Fatt Trading 74,Jalan Tun Razak, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur. Tel : 09 355 0939

[TERANGGANU]
  • KESUMA USAHA TRADING NO. A22, TAMAN PERUMAHAN GONG BADAK 3 (bersebelahan Tapak Pasar Malam) 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU TEL: 016-2086227

[ PERAK ]
  • Wah Seng (1986) Sdn Bhd No 131,Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 254 0267
  • Intrico Sdn Bhd 34, Lengkok Canning, Canning Garden, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 546 5407
  • The Yummy Kitchen Bake & Dine 21,Lorong Taman Ipoh Satu, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 549 9677
  • Wa Seng Food Supplies 74,Lorong 2,Taman Setiawan Maju, 23200 Setiawan, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 691 9308
  • Merit Food Ingredients Supply 5,Jalan Hosley, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 254 3055
  • Wah Seng Sdn Bhd. 8,Tingkat Pasar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 254 3055
  • Asrul Azwan Enterprise No 16 Jalan Wawasan Dua, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tel : 05 716 8086

[ PULAU PINANG ]
  • Sim Company Sdn Bhd 193 & 195,Lebuh Carnavon, 10100 Pulau Pinang. Tel : 04 261 0522 Faks : 04 261 0833
  • BIC (Butterworth Ice Cream Supply Sdn Bhd) 4970,Bagan Ajam, 13000 Butterworth, Pulau Pinang. Tel : 04 333 4841 / 04 331 7619
  • Honey Food Industries Shophouse Taman Cenderawasih, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
  • Main office No 4983,Ground Floor, Jalan Sungai Nyior, Taman Mewah, 12100 Butterworth, Pulau Pinang. Tel : 04 324 7149 / 04 323 764
  • Chop Hock Huat 64 G Kimberley Street, 10100 Pulau Pinang. Tel : 04 261 1967
  • GA Baker Paradise 26 Jalan Penaga [Jelutong Market] 11600,Jelutong, Pulau Pinang. Tel : 04 659 0477 Hse: 04 655 2579
  • GA Baker Paradise Store 18,Batu Lancang Market, 11600,Pulau Pinang. Tel : 012 431 0049.
  • Best Bake Trading Ground Floor 12,Sri Relau Complex, Pesiaran Bukit Jambul 1, 11900 Pulau Pinang. Tel : 04 643 7986
  • Demeters Choice Trading 598-H,Jalan Jelutong, 11600 Pulau Pinang. Tel : 04 657 6288
  • Bake With Sunshine Trading 63,Siam Road, 10400 Pulau Pinang. Tel : 04 229 8701 Faks : 04 227 2328
  • Blueberry 42-G,Lebuh Keranji, Taman Mutiara, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel : 04 530 2219
  • Pure Bakery & Confectionary Supply 3001,Jalan Berjaya, Taman Sri Maju. Tel : 04 538 9373
  • Eazy Bake 118,Jalan Kota Permai, Tmn Kota Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tel : 04 508 6628 / 04 508 7628
  • Bonjour Trading, 6 Lintang Burma, Pulau Tikus, 10250 Penang. Tel/Fax : 04-226 3285
  • Chemerry Malaysia Sdn Bhd, No. 47A, B & C, Medan Angsana, 11500 Bandar Baru Air Itam, Penang. Tel : 04- 827 3506 Fax : 04- 829 8506
  • Demeter Choice Trading, 598-H, Jelutong Road, 11600 Penang. Tel/Fax: 04-657 6288

[ SABAH ]
  • Annie’s Cooking Studio Ground F1,Shoplot No.3, Taman Tshun Nyen, P.O. Box 1120, 90712 Sandakan, Sabah. Tel/Faks :089 223 566 / 275 194 H/P : 019 853 1392
  • Pelangi Bakery Shop Ground Floor,Shop No 5, Taman Pelangi,Lorong Angsa 6, Luyang,Kota Kinabalu, Sabah. Tel/Faks : 088 225 857 H/P : 016 805 7688
  • Consiladated Foodchem Sdn Bhd Lot 53/D11,BdcO,Likas Industrial Estate, Kolombong, 88805 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Joo Loong Trading TB 2211,Ming Huat Corn,Warehouse,Jalan Kuhara, 91023 Tawau, Sabah. Tel : 779 426
  • Sincere Cake Ingredients & Utensils Lot 11-0 Lorong Lintas Plaza, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088 266 972
  • Bake With Me Sdn Bhd 28,Lorong Lintas Plaza 3, Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088 231 028 Faks : 088 235 053
  • Bake With Me 13,Putatan Point, 88200 Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Tel : 088 771 028

[ SARAWAK ]
  • Home Bake Bakery Ingredients Shop No. 85, Jalan Keppel, Bintulu, Sarawak. (Back portion) Tel: 086-314737 Fax: 086-335884 HP: 0198240737
  • Baker’s Choice Sdn Bhd Ground Floor,Wisma Nation Horizon, Lorong Ang Cheng Ho 7C, 93100 Kuching, Sarawak. Tel : 082 244 886
  • Khin Kueh Khiong No 48,Ground Floor, Jalan India, 93000 Kuching, Sarawak. Tel : 082 252 739
  • Diy Bakery Ingredients Sdn Bhd No 4,Ground Floor,Hock Kui Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93150 Kuching, Sarawak. Tel : 082 238 510
  • KST Bakery Ingredients No 264,Ground Floor,Hlm Kabor, Beautiful Jade Centre, 98000 Miri, Sarawak. Tel : 085 418 728
  • Wee Hock Pastry Ingredients Supply No 557,Ground Floor, Jalan Datuk Wee Kheng Chiang, 93450 Kuching, Sarawak. Tel : 082 425 045
  • Chia Brothers Trading Co No 357,Ground Floor, Lorong 1 Off Jalan Ang Cheng Ho, 93100 Kuching, Sarawak. Tel : 082 412 489
  • Emiwon Enterprise 60,Ground Floor Park City Commerce Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel/Faks : 086 319 989 HP : 013 833 7158
  • Bagus Solutions Center 2867 & 2868,Kampung Tunku, Jalan Astana, 93050,Kuching, Sarawak. Tel : 082 313 688 Faks : 082 312 689
  • Green Apple Cake Product Lot 791,Bintang Jaya Complex Centre, 98000 Miri, Sarawak. Tel : 419 937
  • Khin Seng Trading Lot 1485,Lorong 10B,Krokop, Miri, Sarawak. Tel : 085 429 331
  • Home Bake Bakery Ingredients Shop No 85,Jalan Keppel, Bintulu, Sarawak.[Back portion] Tel : 086 314 737 Fax : 086 335 884 HP: 0198240737

[ SINGAPURA ]
  • Ang Mo Kio Specialty Store with Baking Class Blk 422,Ang Mo Kio Ave 3, #01-2526 Singapore 560422. Tel : 6458 0016 Faks : 6458 0017
  • Bedok Specialty Store Blk 215,Bedok North Street 1, #01-83 Singapore 460215. Tel : 6446 7297 Faks : 6242 7400
  • City Specialty Store 171 Bencoolen Street, Singapore 189641. Tel : 6338 1143 Faks : 6339 4831
  • Geylang Specialty Store with Hands-On Baking Workshop Geylang Lot 23,One Sims Lane, #01-10 Singapore 387355. Tel : 6846 7825 Faks : 6846 8520
  • Holland Village Specialty Store Special Baking Class Blk 44,Jalan Merah Saga, #01-48,Chip Bee Garden, Singapore 278116. Tel : 6471 5250 Faks : 6479 4210
  • Hougang Specialty Store with Baking Class Blk 804 Hougang Central, #01-134 Singapore 530804. Tel : 6281 8175 Faks : 6387 4655
  • Jurong Specialty Store with Baking Class Blk 134 Jurong St.13 #01-311 Singapore 600134. Tel : 6896 2703 Faks : 6566 5989
  • Sembawang Specialty Store Sembawang MRT Station #01-02 Singapore 759775. Tel : 6752 0089 Faks : 6754 0875
  • Lee Bee Enterprises Co. Blk 507 Jurong West St. 52, #01-154 Singapore 640507. Tel : 6665 5972 Faks : 6566 62645
  • Simei Specialty Store Blk 248, Simei St 3, #01-120 Singapore 520248. Tel : 6260 6180 Faks : 6587 0721
  • Toa Payoh Specialty Store (Inside NTUC) Blk 192 Lor 4 Toa Payoh, #01-674, Singapore 310192. Tel : 6353 9136 Faks : 6353 3304

[Egypt]
  • No 2,Thoriq An-Nasr, Rabaah Adawiyah, Bighiwar Makhtab Al-Barid (Berhadapan Pejabat Pos Rabaah Adawiya)

Kek Birthday & ButterCream

Yg ini aku cnp terus dr myr utk rujukan aku...salinan asal disini

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • BAHAN MEMBUAT SPONGE KEK;
  • 500 gm tepung sponge mix
  • 9 biji telur ayam (gred A)
  • 125 gm air biasa dan 1 sudu makam ovelate @10 gm
  • 125 gm minyak mazola (minyak jagung)
  • BAHAN MEMBUAT BUTTER CREAM
  • 500 gm krimwell
  • 250 gm butter
  • 300 gm gula ising(diayak 3 x)
  • 120 gm shortening
  • 1 camB vanila
  • 230 gm suger syrup

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT SPONGE KEK:
  2. panaskan oven dahulu,satukan tepung,telur,air dan ovelate dalam pemutar telur dan pukul sehingga gebu.kemudian masukkan minyak jagung dan pukul lagi.
  3. masukkan kedalam loyang yang telah di alaskankertas minyak dan di sapukan sedikit minyak.bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 45 minit.
  4. boleh di tambah perisa apa yang anda suka:cpffee paste@coklat paste@pandan paste@strrawbery dll.
  5. gunakan loyang bersaiz 10 inci
  6. CARA MEMBUAT BUTTER CREAM;
  7. sebelum membuat cream,anda hendaklah membuat suger syrup dahulu.caranya:900gm gula pasir +400 gm air +sebelah limau nipis.caranya:masakhingga mendidih,kemudian tapis.biarkan sejuk dahulu.
  8. satukan krimwell,butter,gula ising,shortening dan vanila...pukul hingga kembang dan putih.kemudian masukkan suger syrup pukul lagi hingga gebu dan putih.
  9. Nozel
    CARA MENGAISING KEK
  10. kek dibelah 2.kemaskan keliling dan guntingkan kelilingnya.lapisan pertama di letak cream kemudian letak semula kek yang bhg atas tadi.sapukan sekeliling kek dengan butter cream lagi.
  11. Bahan_kek_002
    ambil sedikit cream tadi dan di letak pewarna dan gunakan nozel@ kalau nak senang masukkan dalam plastik kecil dan paipkan atas kek mengikut kretiviti masing2.MACAM DALAM GAMBAR.boleh gak beli je bunga aising or bunga biskut.
  12. keliling kek boleh di taburkan coklat rice,crocuant ,kacang atau apa-apa je boleh lihat di kedai kek...
  13. kek ni tak perlu di simpan dalam petiais jika nak di makan segera.tetapi jika kremwell digantikan dengan wipping cream..kena simpan dalam peti ais sebab wipping cream mudah mencair.
  14. gambar yg pertama tu gambar salah satu nozel yg di gunakan utk menghias kek. gambar yg ke2 tu ada pisau pelepa utk merata kek dan sesikat berbentuk 3 segi utk menghias kek di tepi dan permukaan seblm menghias dng bunga.

Sunday, April 18, 2010

Birthday Dhia Mirrah Hanania - 3rd Years

Kek besday Mirrah yg aku buat...deco pun hentam jer...nasib bek jadi...rasa pun kalu ikut aku & ank2 dh mcm beli kat kedai bakery...cuma deco kelakar skit...jgn ketawa ye....sbb belajar sndiri...resepi buttercream pun aku google...kek nyer lak aku buat Moist Brownies...resepinyer dh pernah N3 sblm ni...mmg sedap...mcm kek coklat lembab...


Ni ler besday gurl...kejap jer dah masuk 3 thn...mudahan Mirrah menjadi ank yg solehah & berjaya dlm setiap bidang yg diceburi....aminnnnn...


Kek Besday...cantik tak?...ahakss...bleh ler tu...asal nampak menarik skit jer...kasi ank2 suka & hepy...(",)



Bunga dh mcm kuih samperit...kahkahkah....x pernah berguru....semuanyer belajar dr hasil google jer...


BUTTERCREAM ICING
Rujukkan asal disini....aku olah skit...ehhh mcm olah byk jer...nasib bek jadi....

Bahan-bahannya:
  • 1/2 cwn Krimwell
  • 1/4 cwn butter
  • 1/4 cwn shortening
  • 1/2 sk vanilla
  • 200gm Gula halus
  • 1 sb susu segar / susu cair
Cara-caranya:
  1. Campurkan krimwell, shortening and butter ke dalam bekas & putar. Tambah gula & vanilla, putar lagi. Perlahan2 masukkan gula & putarkan sehingga gebu & putih.
  2. Masukkan susu & putar sebati.
  3. Bahagilah adunan mengikut hiasan yang nak buat. Taruk warna ikut selera masing2.

Tips:
  • If you add too much milk or syrup, you can always add a little powdered sugar to thicken it up.
  • The original receipe put the corn syrup. I didn't put because no stock. Actualy, the corn syrup helps the icing flow better when piping or writing on a cake. The strings of icing are less likely to break as you move your hand along to write.
  • Using clear vanilla keeps the icing bright white.


Ni lak aku jumpa kat Myr disini...aku cnp terus utk rujukan aku kelak...len kali leh cuba...mcm senang jer...meh kita share sama2 ye..


BUTTERCREAM

Bahan-bahannya:
  • 2 cwn krimwell (boleh beli di kedai bhn2 kek, tapi klu takde..guna shortening @ lemak sayuran yg boleh dpt disemua pasaraya) beza dia krimwell ni bau dia harum ..shortening x de bau..
  • 1 cwn mentega
  • 450 gram icing sugar
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 cwn susu segar (klu tak de..guna susu cair)
  • pewarna (ikut citarasa nak buat warna apa)

Cara-cara

  1. Satukan krimwell (shortening pun ok) dan mentega. Putar dengan keljuan yang tinggi hingga gebu dan warna bertukar keputihan.
  2. Tambah gula icing sedikit2 dan putar lagi dgn kelajuan tinggi hingga gebu dan keputihan. habiskan gula icing. klu x suka manis sgt boleh kurangkan sikit je.
  3. tambah esen vanila. Putar lagi.
  4. Tambah susu segar (susu cair pun boleh) sedikit2(jgn habiskan). Putar lagi (5 min) pastikan gula icing dah sebati dgn jari. berhenti. asingkan 1/4 atau lebih bergantung kpd byk mana hiasan anda nk guna.
  5. Tuang baki susu sedikit2 hingga habis dan putar lagi utk topping keseluruhan kek. tambah pewarna yang diperlukan. utk kek pink saya tu saya letak 1 sk pewarna pink. Putar lagi hingga warna sebati.
  6. Untuk hiasan lain. ambil 1/4 putaran yang diasingkan tadi. bahagikan kpd beberapa bhgian. utk kek pink saya, saya bahagikan pada 3 bhg, light red (roses), green (daun) dan purple (utk tulisan)
  7. Ambil base icing utk keseluruhan kek, sapukan icing menggunakan pisau atau spatula yg sesuai.Utk topping yang lebih licin dan berkilat, slps selesai menyapukan dan meratakan icing keseluruh permukaan kek. Celup pisau atau spatula yg digunakan dgn air panas dan ratakan keseluruhan permukaan cream dgn cermat.
  8. Untuk hiasan di atas kek, gunakan nozel yang sesuai utk rose petal dan daun. Ikut kreativiti anda.Apa2 jua hiasan pun boleh..yg penting anda dan keluarga suka. tak perlu lagi pergi ke bakery utk tempah birthday kek..jimat duit..klau yg kreatif bole jana pndapatan sampingan.
  9. Selamat mencuba yer.

Saturday, April 17, 2010

Panduan Untuk Membuat Kek Lapis

Tip - Tip Yang Perlu Difahami Untuk Membuat Kek Lapis.
Rujukan asal dari sini...

1. Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.

2. Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus. Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.

3. Sirap perang memberikan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.

4. Bahan2 kek lapis menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A).

5. Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM.

`Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk'

6. Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu.

'Contoh : SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll'

7. Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.

8. Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.

9. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

Kek Lapis Prune II



Resepi & pic ni aku cnp dari sini... utk rujukan aku....aku lihat ada satu rakan blog telah mencubanya...tapi tukar prune kpd kismis....boleh lihat hasilnya disini....mari kita share sama2....


KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara-caranya
1. Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.

2. Masukkan 100 gram gula. Pukul lagi sehingga gulanya larut. Ketepikan.

3. Pukul putih terlur sehingga kembang. Masukkan 120 gram gula dan ovalette. Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.

4. Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.

5. Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara membakarnya
1. Pre-heat oven, kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.

2. Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan. Grill sehingga warnanya coklat.

3. Setelah itu tuang 1 senduk adunan diatasnya dan ratakan. Susun hirisan prune jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat. Grill lagi sehingga coklat.

4. Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis.

5. Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada api atas-bawah pada suhu mengikut oven masing2 & bakar lagi selama 15 minit.

6. Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

Friday, April 16, 2010

Kek Lapis Prune


Cubaan aku kali ni....
hasil study beberapa resipi kek lapis prune dari buku & google...memuaskan hati dari segi rupa & rasa...calor pun aku taruk ikut suka jer...resepi sebenar dari sini...resipi derhaka skit jer...hehehe...

Bahan-bahannya - Loyang (7x7) inci:
Bahan A:
8 biji Kuning telur (Gred A)
6 biji telur
280gm Gula kastor
210 gm Tepung Hong Kong*
1 sudu teh Baking Powder* ( * ayak bersama)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil ovalette

Bahan B:
340gm (1 tin) Butter Golden Churn
5 sudu besar Susu Pekat Manis

Bahan C:
340gm Buah prune (Sunsweet) - digunting / dileperkan

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur, gula & ovalette supaya adunan rata.

2. Masukkan bahan ayak & esen vanilla. Dengan menggunakan kelajuan maksimum, pukul sehingga adunan kembang menjadi putih & berkrim. Bila diangkat whisk, adunan kelihatan kental & gebu.

3. Di dalam bekas lain, pukul mentega & susu sehingga campuran ini bertukar putih & berkrim.

4. Campurkan bahan A & B. Gaul dengan menggunakan spatula / senduk sehingga adunan sebati.

5. Keluarkan sedikit adunan, agak2 dlm 28 sudu makan & warnakan ungu.

6. Bakar lapisan pertama dengan api atas-bawah. Lapisan ke-2 dan seterusnya api atas shj. Bakar setiap lapisan sehingga permukaan kek berwarna perang, agak2 selama 7-8 minit pada suhu 190C (bergantung pd oven masing2). Slps bakar lapisan akhir, keluarkan & tutup dengan aluminium foil. Bakar semula kek dengan api atas-bawah selama 15 minit.

7. Lapiskan adunan warna ungu pada lapisan ke-3, 6, 9 & 12. Setiap lapisan ungu taburkan / aturkan prune. Atur ikut selera masing2.

Thursday, April 15, 2010

Kek Gula hangus / Kek Sarang Lebah / Kek Sarang Semut

Bermacam2 nama diberi pada kek ni....Kek Gula hangus / Kek Sarang Lebah / Kek Sarang Semut...tak kisah nama apa pun...tapi yang pasti bahan yang digunakan sama & cara membuatnya mudah......
Kek ni la yg mula2 aku buat masa zaman sekolah dulu2. Selalunya aku guna minyak masak jer. Yang x bagusnya ia jadi terlalu berminyak....
Hasil google dari internet kebanyakkan menggunakan butter / marjerin yang dicairkan ke dalam gula hangus. Kali ni aku guna marjerin.....
Aku tengok org buat, ada yang peram sampai 3-4 jam. Tapi aku lak selalunya lepas adun, peram pun x sampai pun 30minit, terus jer masak ( bakar / kukus) sbb tok guru dah ajar camtu...alhamdulillah jadi gak sarangnya....Susah nak explain...kali ni aku cuba peram lama skit & ni ler hasilnya...sama jer...hehehe..



Bahan-Bahannya:
1 cwn gula pasir
1 cwn air panas
2 sudu besar marjerin
5 biji telur (gred B)
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sudu teh Soda bikarbonat
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara Membuatnya:
1. Masak gula dlm periuk kecil dengan menggunakan api kecil sehingga semua gula cair & menjadi perang. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga gula menjadi cair ( berhati-hati sebab akan ada percikan gula hangus ).

2. Padamkan api dan masukkan marjerin. Kacau hingga ia larut. Angkat dan sejukkan.

3. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan susu pekat & pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan tepung + soda bikarbonat ( tlh diayak) sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan air gula hangus (yg disejukkan) & esen vanilla & gaul adunan supaya sebati semuanya.

6. Peramkan adunan 2-3 jam.

7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang digris & dialaskan dasarnya dengan kertas serap minyak.

7. Bakar selama 45 minit -1 jam pada suhu 180 darjah Celsius (bergantung kepada oven masing2)


Note:
1. Guna ler cwn / gelas yang sama utk menyukat semua bahan.
2. Hasilnya kurang berminyak mcm aku dok buat sebelum ni....

Sunday, April 11, 2010

Telur Dadar Tauhu & Sosej Ayam


Resipi simple & kesukaan anak2...budak2 ni suka ratah jer...

Bahan-Bahannya:
3 biji telur
1 ketul sosej - cincang halus / dadu kecil
1 ketul Tauhu putih - cincang halus / dadu kecil
1 labu bawang besar - cincang halus / dadu kecil
1 pokok daun sup - hiris halus
1 pokok daun bawang - hiris halus
Garam & lada sulah secukupnya
Sos lea & perrins
Sedikit serbuk aregano
1 sudu besar marjerin

Cara Membuatnya:
1. Pecahkan telur dlm mangkuk. Masukkan mentega, sos lea & perrins, garam, serbuk aregano & lada sulah. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan semua bahan potong tadi. gaul rata.
3. Panaskan kuali ( non -stick lg bagus, x yah taruk minyak) dgn menggunakan api yg kecil, tuangkan semua adunan tadi dlm kuali. Tutup supaya masa rata. Bila permukaan atas dh x berair & bawahnya garing, terbalikkan. Biarkan garing sikit.
4. Bila dh masak, angkat & hidangkan.

Note:
1. Sgt sesuai utk ank2 yg x suka mkn sayur...bila kita cincang halus2 & campurkan dlm telur ni...ank2 dh x perasan...mereka terus ngap jer...jd boleh masukkan pelbagai lg jenis sayur...trpulang pd ibu....
2. Bila guna serbuk aregano bau telur dadar ni dh mcm pizza...wangi jer...campur plak bau sosej....menarik selera & ank2 pun suka...
3. Sosej ni bleh diganti dgn isi ayam yg di potong dadu/dicincang...tp kena ler rebus/goreng dulu sblm campur ke dalam telur....

Saturday, April 10, 2010

Kek Lapis Oreo


Kek Lapis oreo lagi...family aku mmg suka...tapi kali ni aku saja olah skit resepi ikut brg yg ada kat dapur...aku guna 1/2 butter & 1/2 marjerin...konon2 nk ikut style mcm dlm buku 'Variasi Kek Lapis' hasil Noraini Zakaria....cara adun aku ikut cara buku gak...saja nk tgk hasil & bezanya....aku guna biskut marie jenis lain plak...dh lupa lak jenama apa....nnt aku tgk kat kedai kalu jumpa....bila guna biskut marie nih mcm x best lak...bau biskut ni kuat sgt...hasilnya ok....cuma kesilapan pembahagian adunan....jd lapis yg plain x cukup...kena la susun gak biskut oreo kat lapisan merah ( lapis terakhir) supaya nmpak cntik....apa pun bila banding dr segi rasa, yg aku buat masa lepas lebih sedap...


BAHAN-BAHANNYA:
Bahan A:
12 biji telur (gred A)
200 gm gula halus
180 gm tpg Hong Kong
1 sudu teh ovalette

Bahan B:
250 gm mentega SCS
250 gm marjerin
300 gm susu pekat manis

Bahan C:
100 gm horlicks
100 gm biskut Marie (dikisar halus)
Biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya)
pewarna hijau dan merah


Cara:

1) Pukul bahan A hingga kembang & gebu.

2) Dalam bekas lain, pukul bahan B hingga gebu.

3) Campurkan adunan B ke dalam adunan A. Gaul sehingga sebati & rata.

4) Kemudian masukkan serbuk biskut Marie & horlicks kacau sehingga semuanya sebati & rata.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 5 sudu makan adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 5 sudu makan adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 5 sudu makan adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.



10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.


Nota:

1) Aku guna loyang (8.5x8.5) inci
2) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
3) Kalu resipi asal guna 50gm horlick & 50 gm serbuk santan....tp aku gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks.
4) Setiap layer taruk 16 kpg biskut oreo, total utk semua 5 layer guna 80 kpg jer...jadi kena ler guna 3 paket biskut oreo. 1 paket yg beratnya 137gm ada 14 kpg (bila dah buang krim dpt ler 28 kpg).

Tuesday, April 6, 2010

Kek Lapis Nutella - Strawberry

Ni hasil kek lapis Nutella-Strawberry aku amik dari Blog Bro Rozzan...Kebanyakan resepi kek lapis Bro menggunakan 'butter method'...cara ni mudah, x yah nk tukar2 bowl & cepat jer...resepi aku CNP terus...gambar aku CNP gak utk rujukan aku....rasanya aku pukul adunan x betul2 kembang sbb tu la mcm moist sesgt...pakai handmixer kan...hasilnya x sama cm guna standmixer...

KEK LAPIS NUTELLA STRAWBERRY

Bahan-Bahan
450 gm mentega
160 gm gula
1 sudu teh ovellette
10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis
240 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
200 gm Nutella

secukup ceri atau chelory tips
40 gm serbuk aiskrim strawberry
1 sudu teh esen strawberry

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek


Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibubuh serbuk aiskrim strawberry, esen strawberry dan pewarna merah jambu. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek. Manakala pada lapisan strawberry, kalau suka, bolehlah dibubuh cherry atau chelory tips.


Ni lak hasil dari Bro Rozzan...calornya cantik jer...x mcm aku buat....


Aku taruk resepi Kek Lapis Nutella utk rujukan aku...Aku CNP terus dari blog Bro Rozzan...

KEK LAPIS NUTELLA

Bahan-Bahan
500 gm mentega
180 gm gula
1 sudu teh ovellette

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks
220 gm Nutella

180 – 200gm Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek (lebih pun takpe, sedapp..)

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan ovalette sehingga kembang (kira-kira 10 minit).

2) Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus pukul (kira-kira 7-8 minit)

3) Perlahankan speed mixer, bubuh susu pekat manis dan terus pukul.

4) Seterusnya, kurangkan kelajuan mixer hingga ke paras paling perlahan (rendah) lalu masukkan tepung HK dan horlicks sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati dan rata.

5) Bahagikan adunan kpd 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain. Yg satu lagi dibubuh Nutella dan dikacau rata.

6) Bakarlah selapis selapis. Pada setiap lapisan cokelat, bubuh lagi Nutella (dgn menggunakan sudu, biarkan ia jatuh sedikit-sedikit di atas lapisan kek.

contoh :


7) Bakar sehingga selesai adunan dgn anggaran suhu 180 – 210 darjah Celsius (mengikut kesesuaian oven anda).

Saturday, April 3, 2010

Kek Lapis Masam Manis (Haw Flakes)


Kek lapis Haw Flakes hasil rujukan dr blog Bro Rozzan. Ada versi kukus & bakar. Bro ada gunakan biskut marie semuanya utk menggantikan tepung Hong Kong...Tp aku gunakan tpg HK. Hasil google dr blog Bro, ada sedikit olahan utk memudahkan aku & nak sesuaikan utk loyang (7x7) inci. Aku kurangkan gula sbb haw flake ni manis. Hasilnya mmg memuaskan rasa tekak aku...x manis la sangat...Rujukan asal disini...

Bahan-bahannya:
7 biji telur
250gm Butter SCS
1/4 cwn gula pasir
1 sk ovalette
1 1/2 cwn tepung Hong Kong
1/4 cwn Horlick
1/4 cwn Sekaya
3/4 tin kecil susu pekat manis (tin kecil yg brsaiz 505gm)
Haw Flakes Secukupnya ( aku guna 125 kpg yg brsaiz 10sen)

Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan sekaya lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung HK dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan asal. (Boleh warnakan ikut pilihan anda).

4. Alaskan loyang 7" x 7" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 4 sudu makan penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga (lapisan asal) (25 keping). Untuk loyang saiz ini, kita boleh mendapat sekitar 15 lapisan kesemuanya. So, jumlah hawflakes nya adalah 125 keping.

Note:
1. Loyang saiz (7x7) inci...setiap lapis taruk 4 sudu makan.
2. Aku dpt 5 lapis merah, 5 lapis hijau & 5 lapis plain.
3. Aku atur kepingan haw flakes (saiz 10 sen) sebyk 25 kpg bagi setiap lapis plain.

Thursday, April 1, 2010

Udang Goreng Bersalut Telur

Aku dah ubah resepi asal shafiqfarhan@myresipi.com . Nie resepi hasil olahan aku...minta maap ye empunya resepi...halalkan ye...hehehe...aku x buat pun sos nyer...mkn ngan nasi panas2...ratah ajer pun sedap.

Bahan-bahan:

  • Udang besar 12 ekor yang siap dibersihkan & tos kering (jgn buang kulit dan kepala, hilang kerangupannya).
  • 2 biji telur - pukul supaya kuning & putih bercampur
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu teh sos Lea & perrins
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
Cara:
1. Gaulkan udang dgn garam, lada sulah, gula, kicap manis & sos lea & perrins. Perapkan 30 minit (lama skit lagi bagus).
2. Campurkan tepung ubi & rempah kari. Masukkan kedalam udang tadi. Gaulkan hingga rata.
3. Kemudian masukkan telur & gaul rata.
4. Panaskan minyak & gorengkan hingga masak. (kalu nk cepat, taruk terus semua udang dlm kuali).

Telur Bungkus


Masakan inti nyer pakai campak2 jer...lepaih tu buat telur dadar & bungkuskan....jadi la telur bungkus...kalu nk mudah kena la ada kuali non-stick....

Bahan-Bahannya:
2 biji telur - pukul ngan skit garam supaya kuning & putih campur rata.
2 ketul isi ayam - potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - mayang nipis / cincang halus
3 sudu besar sayur campur
1/2 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang - potong kasar
garam, gula & lada sulah secukupnya
Minyak / marjerin / butter secukupnya - utk menumis & goreng telur

Cara Membuatnya:
1. Panaskan marjerin, tumis bawang besar & bawang putih hingga naik baunya.

2. Masukkan sos jenis sos, ayam & air. Kacau hingga ayam masak sekata. kemudian masukkan sayur campur. Kacau rata.

3. Masukkan garam, gula & lada sulah. Suaikan rasa.

4. Bila kuah dah kering masukkan daun bawang & daun sup. Kacau rata, angkat & ketepikan.

5. Panaskan marjerin skit dlm kuali non-stick dgn gunakan api yg paling kecil. Bila kuali dah panas, masukkan telur tadi. Cepat2 angkat kuali & lenggangkan supaya telur menjadi bulatan besar & nipis (jgn trlalu nipis nnt koyak ketika nk bungkus).

6. Tutup kuali & biarkan masak agak 3-4 minit (brgantung kpd kepanasan api). Bila dh masak, tutup api & tuangkan bahan inti di bahagian tgh telur dadar tadi. Lipat jd bentuk 4 segi dgn brhati2 supaya tak trkoyak.

7. Ambilkan pinggan, telangkupkan pinggan dulu ke dalam kuali, kemudian telangkupkan pula kuali. Sekarang telur bungkus dah siap berada dlm pinggan.

8. Potong bahagian tgh telur bungkus spt dlm gambar ( x nak potong pun x per). Hias kalu nk & sedia utk dihidangkan...

Pulut Sekaya Coklat


BAHAN-BAHANNYA:

Lapisan Bawah:
  • 2 1/2 cwn Beras pulut (500gm) - Rendam selama 30 min, bersihkan & toskan
  • 1 1/2 cwn santan - tuang kedlm loyang, agak2 sama paras pulut dh cukup.
  • 1 st Garam halus
Lapisan Atas:
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 1/4 cwn tepung Hoen Kwee*
  • 1 cwn gula pasir*
  • 2 biji telur (Gred B)*
  • 3 cwn (750ml) santan pekat*
  • 1/2 sk garam halus*
  • 2 sb (15gm) serbuk k0ko + 1/4 cwn (60ml) santan pekat
CARA MENYEDIAKANNYA:
Lapis Bawah:
  1. Sediakan kukusan & biarkan mendidih
  2. Alas loyang dgn plastik & biarkan plastik tu lebih skit pada tebing loyang (masa nk potong nnt senang nk kluarkan kuih dari loyang). Satukan semua bahan dalam loyang & kacau rata.
  3. Kukus selama 20-30 minit.
  4. Keluarkan loyang. Ratakan & padatkan permukaan pulut (supaya masa potong nnt x brderai). Ketepikan & sedia utk dimasukkan lapisan atas.
Lapisan Atas:
  1. Satukan semua bahan-bahan yang bertanda *. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian ditapiskan.
  2. Panaskan kukusan sekali lagi hingga mendidih dgn api sederhana. Letak loyang berisi pulut tadi ke dalam pengukus & perlahan-lahan tuangkan adunan lapisan atas.
  3. Kukus selama 45 min - 1 jam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails